Sebelum menjawab soalan ni saya nak kita semua bezakan antara nilai emas dan harga emas. Nilai emas dan perak sebenarnya tak pernah naik. Kalau nak kaitkan nilai emas dengan benda, selalu dinyatakan nilai 1 dinar (4.25g emas 916) sentiasa sama dengan seekor kambing dan nilai satu dirham (3g perak 999) adalah sama dengan seekor ayam. Selama-lamanya kaitan 1 dinar sama seekor kambing dan 1 dirham akan sama. Dulu, kini dan selamanya.
Tetapi, harga dinar dan dirham jika dikaitkan dengan wang kertas sentiasa berubah begitu juga harga kambing dan ayam. Tak kiralah jika wang kertas tersebut USD, RM, Rupiah, Rupee, Won, Yen, Dong, Mark Rubal, Riyal dan seterusnya
Jika anda dapat bezakan nilai dan harga, maka senanglah saya bercerita
Apa yang di saya dapati berdasarkan pengalaman dan kajian ( Ni pinjam wording Dato Dr Fadhilah Kamsan) ialah terdapat 2 faktor utama yang menyebabkan harga emas dan perak naik.
Pertama: Kejatuhan nilai duit kertas akibat cetakan duit yang berlebihan. Cetakan ini boleh dilakukan oleh 2 pihak yang berkuasa mencetak duit secara sah.
Pihak pertama adalah kerajaan sesebuah negara dan kedua ialah bank. Contoh kejatuhan nilai duit akibat cetakan oleh kerajaan adalah duit pisang waktu Jepun menjajah Tanah Melayu dulu, Mark Jerman ketika perang dan Kerajaan Zimbabwee sekarang. Ini menyebabkan seikat pisang berharga berjuta-juta. Tengok gambar ni:
Kedua sistem perbankan melalui Fractional Reserve Banking System. Apa benda ni ? Mmmm ... maksud mudahnya, setiap sen dan ringgit atau dollar atau apa aje ler nama duit penyimpan boleh dipinjamkan oleh bank kepada mereka yang berminat menjadi peminjam dalam kadar tertentu, contohnya 1:10 , 1:12 dan seterusnya. Misalnya jika anda menyimpan seribu duit dalam bank MABU, bank MABU boleh memberi pinjaman sehingga sepuluh ribu duit kepada seorang atau beberapa peminjam lain dan dikenakan faedah. Mana datang duit sepuluh ribu tu ? Depa tulis aje dalam buku akaun peminjam dan peminjam boleh cashkan atau transfer untuk kegunaannya. Syaratnya kena bayar balik kepada bank MABU dalam tempoh campur dengan kadar faedah yang telah ditetapka. Tak ke cara ini namanya cetak duit?
Kalau guna kad kredit lagi hebat proses percet akan duit oleh bank ni. Camana ? Contohnya begini, bila kita goreskan kad kredit di mesin kad kredit, jumlah penggunaan akan di nyatakan sebagai hutang dalam akaun anda, tetapi sebagai pendapatan dan simpanan dalam akaun penjual. Dari jumlah simpanan penjual tersebut bank boleh memberikan pinjaman pula kepada orang lain dalam gandaan 10 atau 12 dan seterusnya serta dikenakan faedah. Wow ... hebat cara ni. kan ? Anda sebagai pembeli tak ada duit, penjual tak dapat duit lagi, bank tak duit tetapi boleh bank menjanakan pendapatan. Semuanya hanya dalam bentuk nombor di dalam akaun anda, akaun penjual, akaun bank dan akaun pemberi khidmat kad kredit. Hasilnya jumlah duit bertambah dalam negara dan harga barang-barang bertambah mahal. Dengan kata mudah, inflasi berterusan. Jika cetakan duit terlalu banyak istilah yang lebih tepat digunakan adalah hyperinflasi.
Faktor kedua adalah faktor asas mana-mana perniagaan iaitu penawaran dan permintaan. Jika bekalan emas dan perak kurang dalam pasaran dan permintaan tinggi, maka harga naik. Kes ini berlaku di musim-musim perayaan. Sebab tu harga emas naik bila musim raya puasa, raya deepavali, raya krismas dan tahun baru cina dan sebagainya tapi bila musim panas dan orang cuti, harga emas dan perak turun.Perkara yang sama juga berlaku pada daging, ayam, bawang, cili dan barang-barang lain. Kenaikan dan penurunan harga disebabkan faktor ini tidak berlaku secara berterusan dan jangka masa lama.
Oleh itu kesimpulannya harga emas dan perak akan bergantung kepada kesan percetakan duit dan juga permintaan/penawaran. Harga emas dan perak menuju puncak sekarang ini (terutamanya dari tahun 2001-sekarang) adalah kesan utama faktor yang pertama. Jika proses cetakan duit ini tidak berhenti, selagi itulah harga emas dan perak akan berada dalam graf menaik. Bila akan berhenti ? Suatu masa bila sistem fiat money / duit kertas ini luput dari muka dunia untuk sekian kalinya.
No comments:
Post a Comment