Perubahan Harga Emas dan Perak Semasa

Saturday, December 25, 2010

Setelah hampir setahun berniaga emas - ini hasil aset saya

Masih belum bermula ? Ini yang telah terjadi kepada emas-emas yang telah saya kumpul selama setahun.


Kenaikan harga emas bulan disember (1.12.2010-30.12.2010) telah naik sebanyak 4.869% ....
Manakala utk tahun nie ajer emas telah naik sebanyak 24.87% (sehingga 30.12.2010)..


Sertai kami .....call 0192142005.

Graf by Pokli WM

Sunday, December 19, 2010

Jangan Lupa Perak (Silver)

Salam,

Kebanyakan kita sudah arif tentang kenaikan harga gold / emas yang melonjak sejak 10 tahun lalu dan bertambah ketara akhir-akhir ini. Walaupun harga emas telah meningkat sehingga USD1400/oz (31.1g) masih ramai dikalangan kita yang mengambil sikap tunggu dan lihat. Jika bercakap tentang silver / perak lebih ramai yang terlopong dan hairan lantas bertanya perak ada harga ke ? Lihat di sini :


Graf di atas menunjukkan kenaikan harga perak tahun 1995-2010. Setelah sekian lama harga silver jauh di bawah harga sebenarnyatiba-tiba mulai tahun ini harga perak telah naik dari bawah USD8/oz sehingga USD30/oz atau kadarnya lebih dari 300% dalam jangka masa 5 tahun. Kalau kita lihat harga perak di Malaysia keluaran Public Fine Gold International dari harga jualan sekitar RM2100 sekilogram pada Februari 2010 telah meningkat hingga RM3900 pada bulan Disember 2010. Hebat !

Kenapa perkara ini berlaku dan kenapa hartawan dan pelabur terkenal seperti Goeoge Soros, Bill Gates, Warren Buffet, Mike Maloney, Robert Kiyosaki dan mungkin hartawan tidak bernama di Malaysia telah menyimpan perak dalam kuantiti yang banyak? Mereka memahami bahawa perak adalah peluang pelaburan terbaik berbanding pelaburan lain termasuk emas pada masa ini. Mari kita kongsi fakta-fakta berkenaan perak di sini.

Pertama
Jika kita meniliti sejarah kita akan dapat lihat sejak berkurun lamanya nisbah harga antara emas dan perak adalah 16:1 Nisbah harga sehigga 20:1 masih dianggap normal oleh ahli sejarah dan pelabur-pelabur. Namun kini ratio tersebut adalah 66:1 Bagi pelabur ini membawa 3 makna:

1. Harga emas terlalu mahal
2. Harga perak terlalu murah
3. Kombinasi kedua-duanya

Harga perak pada awal tahun ini jauh lebih murah dari harga tahun-tahun 60an-70an. Sungguh tidak munasabah. Nasi lemak boleh dimakan inflasi, takkan perak kekal harganya selama seabad ? Kini harga perak telah mula meningkat walaupun masih murah. Harga Emas dijangka naik sehingga USD2000/oz tetapi silver dijangka naik sehingga USD100-125/oz. Wow! Hebat. 3-4 kali ganda dari harga sekarang. Kalau harga perak PG sekarang RM4000/kg nanti harga 1kg perak PG akan menjadi RM12000-RM16000. Patutlah SILVER IS FUTURE GOLD.

Kedua
Perak adalah logam talam dua guna. Ia digunakan sebagai wang dan penyimpan nilai seperti emas di samping amat berguna dalam industri. Perak adalah bahan konduktif paling baik yang pernah diketahui manusia.Ia digunakan secara meluas dalam industri fotografi, perubatan, elektik dan elektronik. Hampir semua barang Hi-tech menggunakan perak. Walaupun digunakan secara meluas tetapi lombong untuk mengeluarkan perak hampir tidak pernah kedengaran. Pengeluaran perak dunia telah mengalami defisit sejak sekian lama. Bayangkan apa yang terjadi jika permintaan industri melebihi bekalan. Jawapan senang - Harga naik!

Ketiga
Permintaan dari negara berpenduduk billions - India dan Cina terhadap perak terus meningkat sejak tahun 2004. Kerajaan Cina telah menggalakkan simpanan perak dengan terbuka kepada rakyatnya. Bayangkan jika sepertiga penduduk dunia mula membeli emas untuk simpanan dan pelaburan apa terjadi? Sekali lagi  permintaan mengatasi penawaran. Harga naik !

Jom beli perak.

Saturday, December 18, 2010

Sokongan Pemimpin Negara Terhadap Usaha Menyimpan Emas - Tun Dr Mahathir

Petikan dari Utusan Online 18 Dec 2010

Dr. Mahathir galak rakyat simpan emas


Dr. Mahathir Mohamad memegang replika logo Genneva Syariah bersama Presiden Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi, Ahmad Khairuddin Illias (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Genneva, Tan Liang Keat (dua dari kanan) sambil disaksikan Pengerusi The Gold Bullion Entreprenueurs Association Malaysia, Datuk Ng Poh Weng (kanan) pada majlis Pelancaran Produk Emas Genneva Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 17 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan orang ramai supaya menyimpan emas berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.
Menurutnya, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di dalam sesebuah negara.
"Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia.
"Simpanan emas lebih terjamin kerana fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Produk Emas Genneva Malaysia berkonsepkan syariah di sini, kelmarin.
Produk emas Genneva Malaysia dihasilkan dalam bentuk jongkong oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM) yang dikeluarkan memenuhi keperluan Syariah.
MSAF dan GBEAM menyasarkan syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan produk berkenaan sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan belian.
Dr. Mahathir berkata, suatu ketika dahulu, satu auns emas bernilai AS$30 (RM109.79) tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira AS$1,400 (RM4,390.40).
Beliau berkata, perbezaan antara menyimpan emas fizikal dan emas yang siap diproses (barang kemas, syiling emas) adalah dari sudut keuntungan.
 _________________________________________________________
Apa tindakan anda ? Hubungi saya untuk perbincangan lanjut - 0192142005

Wednesday, December 15, 2010

Harga Emas Makin Meningkat. Kenapa ?

Ini merupakan faktor-faktor kenapa harga emas melonjak sejak 10 tahun yang lalu. Anda bersama-sama kami dalam proses Wealth Transfer ini atau masih menunggu ? Emas adalah simpanan terbaik sekarang. Jom simpan emas.

Monday, December 13, 2010

Adakah ini dinamakan pelaburan bijak ? Penipu !

Cuba perhatikan brochure yang saya ambil dari sebuah bank tempatan yang menawarkan skim pinjaman untuk membeli ASB.

Keuntungan dan bonus tahunan ASB semakin menrun saban tahun. Tahun 2010 ? Kadar keuntungan dan bonus tahun 8.55%  Ini belum dicampur kadar inflasi. Sila lihat graf di bawah berkenaan inflasi. Apa yang selalu kita dengar adalah sekitar 3.5-4% setahun di Malaysia. Tetapi graf dibawah menunjukkan kadar 7.7%


Berapa kadar zakat bagi orang-orang Islam ? 2.5% setahun betul tak ? Kepada golongan rakyat marhean yang mengambil fatwa mengatakan ASB harus, perlulah ingat untuk membayar zakat juga. Ok kita buat kesimpulan berdasarakan graf-graf dan kadar di atas.

Kenaikan ASB 8.55%
Inflasi 4% atau nak ambil 7.7% ? Pilih sendiri ....
Zakat 2.5%.
Kadar faedah bank 4.65% setahun

Kira keuntungan anda

ASB (8.55%) - Inflasi(4%) - Zakat(2.5%) - Faedah bank (4.65%) = Jumlah keuntungan anda ( -2.6%)

Keuntungan anda adalah negatif 2.6 (-2.6%) setahun. Pelaburan bijak ke ni ? Kita ada akal yang cukup cerdas untuk memikirkan soal ini.

Banding dengan graf emas ini :


Kenaikan harga emas adalah sehingga 40% setahun sejak sepuluh tahun yang lalu.


Andaikan anda membeli 100 gram pada tahun 2001:

Tahun 2001 – RM3,600

Tahun 2002 – RM4,460

Tahun 2003 – RM5,395

Tahun 2004 – RM5,678

Tahun 2005 – RM6,614

Tahun 2006 – RM7,611

Tahun 2007 – RM9,492

Tahun 2008 – RM10,289

Tahun 2009 – RM12,547

Tahun 2010 – RM14,087






Anda buatlah pilihan bijak sendiri.

Wednesday, December 8, 2010

Saya Terima Nikahnya Dengan Mas Kahwinnya 15 Dinar

Salam rakan pembaca,

Saya berkahwin pada tahun sepuluh tahun yang lalu dengan mas kahwin RM2005 atau bersmaan kira-kira 15 Dinar emas pada masa tersebut. Mas kahwin sekitar  RM1000-RM 5000 masih menjadi kebiasaan sekarang. Tapi masa awal milenium dulu tak pernah kedengaran dinar emas atau dirham ini malah emas hanya terkenal sebagai barang perhiasan.
Kini harga 15 Dinar yang sekitar RM2005 dahulu telah menjadi hampir RM10 000, atau empat kali ganda harganya berbanding 10 tahun dahulu. Kalau campur hantaran saya yang berjumlah RM5000 atau kira-kira 30 Dinar, maka harga 45 Dinar yang kami simpan dah menjadi RM30 000. Wow! Banyak tu. Dua kesimpulan yang saya boleh buat disini :

Pertama: Kadar mas kahwin sekarang sebenarnya semakin rendah kalau dinisbahkan dengan emas.
Kedua: Lebih baik jadikan Dinar sebagai mas kahwin berbanding dengan ringgit.

Kepada rakan-rakan yang bercadang untuk berumahtangga, fikir-fikrkanlah.

Tuesday, December 7, 2010

Sekitar Laporan Akhbar - Seminar Dinar dan Emas sebagai Pelindung Kewangan

Sumber : Harian Metro 6 Disember 2010




PETALING JAYA: Public Fine Gold international Sdn Bhd (Public Gold), memberi pilihan kepada orang ramai untuk membuat pelaburan dengan menggunakan emas sebagai aset pelaburan masa kini, sekali gus menjamin pulangan lebih tinggi pada masa depan.
Pengarahnya Dr Umar Ibrahim Vadillo, berkata, emas lebih baik daripada mata wang dan disebabkan itulah nilainya sentiasa bertambah.

Menurutnya, pelaburan dinar emas yang diketengahkan pihaknya adalah sebagai pengganti kepada pelaburan dalam bentuk mata wang masa kini yang tidak bersifat stabil dan bergantung kepada kedudukan ekonomi dunia.
Katanya, Public Gold menawarkan emas fizikal dalam bentuk jongkong dan syiling emas dengan kadar ketulenan 999.9 peratus selain dinar emas 916 yang boleh dijual mengikut harga emas antarabangsa.

“Kami bukan berhasrat untuk menggantikan penggunaan wang tunai sebagai pelaburan dengan dinar emas, sebaliknya adalah dengan memberi pilihan kepada orang ramai untuk melabur.

“Pelaburan dalam bentuk aliran wang mempunyai kelemahan kerana ia bergantung kepada nilainya yang kadangkala menyusut dan kadangkala meningkat,” katanya dalam sidang akhbar pada Seminar Keadilan Kewangan: Anda, Emas dan Dinar, di Petaling Jaya, kelmarin.

Terbaik dari Robert Kiyosaki - Ekonomi China akan pecah ? Apa kesannya kepada kita ?

Online Exclusive Update #74 - The China Bubble

Conspiracy of the Rich

The 8 New Rules of Money

by Robert Kiyosaki

Online Exclusive Update - #74
  December 6, 2010


The China Bubble


China raised their interest rates in mid-October. This is an important change to follow. It’s even more important than whether Texas or San Francisco wins the World Series.

My fear is that the rise in interest rates was to stop the speculation in China’s real estate bubble. I thought the China real estate bubble would have burst by now, but I was early in my expectations. I could be wrong, but I think this rise in rates is bad news for the world economy. China has a serious inflation problem, which may turn into a financial crisis next year.

So, what does China’s raising of interest rates mean to you? It means China could follow the same real estate crash the US went into in 2007. If investors and builders cannot sell their properties, the Chinese property bubble will burst. And if the China property market goes bust, the world will feel the shock waves.

Hikes in interest rates actually increase inflation, contrary to what most economists think. The reason inflation spikes when interest rates go up is because money follows higher interest rates. For example, in the US, bonds are paying zero. Higher interest rates in China will cause hot money to flow from low-interest rate countries, such as the US, into higher interest rate countries such as China. This will cause inflation as too much money chases too few goods and services. If inflation spikes, the Chinese economy will crash—possibly as early as next year.

If too much money starts to flow into China, their currency, the yuan, may increase in value, causing Chinese goods to become more expensive. This will cause unemployment.

So, this tiny rise in Chinese interest rates may not seem like a big deal, but given the size and power of the Chinese economy, a little thing can turn out to be a very big thing.

This is all part of the games being played with money, which is why your financial education and awareness is more and more important.

Thank you for supporting COR.

Robert Kiyosaki

Thursday, December 2, 2010

Buku Akaun Simpanan Emas = Gold Paper, Benarkah Berbaloi Atau Sebaliknya?


Saya rasa posting dari rakan saya http:// www.pelaburjutawan.com in amat baik untuk saya dan rakan-rakan semua.

Umum telah mengetahui dan mengenali produk perbankan yang berasaskan kepada pelaburan emas ini, justeru setiap kali berbicara mengenai pelaburan emas, pasti soalan mengenai GSPA, GIA dan yang seangkatan dengannya tidak akan terlepas daripada menjadi soalan utama.

Baiklah, saya ingin kongsikan serba sedikit ilmu dan fakta berkenaan Gold Paper ini, anda nilai dan buat perbandingan sendiri.




Fakta :

Monday, November 29, 2010

Monday, November 22, 2010

Emas Tulen atau Emas Palsu


Assalamualaikum wbt

Di Malaysia, terdapat beberapa institusi pengeluar emas fizikal yang sah seperti:
1. Maybank - Syiling Kijang Emas
2. UOB Bank - Syiling emas dan Jongkong emas
3. Dinar Emas Kelantan - Dinar emas
4. Kedai emas Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya - Jongkong emas
5. Public Fine Gold International Sdn. Bhd. - Syiling emas, jongkong emas dan dinar emas
Setiap daripada produk mereka mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang perlu kita analisa dengan menyeluruh. Ini supaya kita dapat membuat keputusan yang tepat untuk memilih pelaburan yang paling menguntungkan.
Salah satu aspek yang perlu dianalisa ialah adakah emas fizikal yang dikeluarkan oleh institusi2 di atas merupakan emas yang benar-benar tulen?

Saturday, November 20, 2010

Cara tradisi menguji ketulenan emas

-: CREDIT PADA POKYA :-

Bahan2 yang diperlukan:
  1. jag air yang diperbuat daripada plastik. kaca pun boleh juga.
  2. alat penimbang jitu atau alat penimbang khas untuk barang2 kemas. mungkin alat penimbang untuk buat kek pun boleh guna juga. pastikan alat penimbang tersebut mempunyai fungsi 'tare'. elok pilih alat penimbang yang mempunyai bacaan dari 0.01g hingga 500.00g.
  3. air paip.
  4. benang.
  5. bekas tadahan. botol mineral yang dipotong muncungnya pun boleh juga.

Langkah2nya:-

Wednesday, November 17, 2010

Terbaik dari Robert Kiyosaki - Harga Tinggi : Beli atau Jual Emas ?

Conspiracy of the Rich

The 8 New Rules of Money


by Robert Kiyosaki

Online Exclusive Update - #72
November 15, 2010


Buy or Sell Gold?

The latest Wall Street Journal is filled with stories about financial planners advising clients to either sell their gold or not buy anymore.

Naturally, you’re probably asking, “Should I buy or sell gold?”

My answer is that it depends.

Friday, November 12, 2010

Kenapa Anda Harus Menyimpan Emas

EMAS..

 Seperti yang kita sudah sedia maklum, emas memang menjadi sumber pelaburan paling selamat sejak dari zaman dulu lagi. Tetapi masih ramai lagi rakyat di Malaysia ini tidak menyedari akan kepentingan menyimpan emas ini. Rakyat Malaysia masih lagi terpengaruh dan mempercayai bahawa wang kertas adalah simbol kekayaan sedangkan simbol kekayaan sebenar bukanlah wang kertas, tetapi EMAS. ini bukan sekadar retorik kerana sejarah telah membuktikan sejak zaman berzaman walaupun empayar silih berganti EMAS tetap menjadi simbol kekayaan dan dijadikan sebagai matawang.

Cuba tanya pada diri kita. Mengapa kita perlu menyimpan emas?

Wednesday, November 10, 2010

Seminar On Gold Dinar

Title              : Financial Justice: Gold, Dinar & You
Date              : 4th Dec 2010
Time            : 10am – 5pm
Venue           : Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya, Selangor, Malaysia
Speakers       : Mahaguru Syukor bin Hashim
Associate Professor Mahamad Hakimi Ibrahim
                     Dr. Zuhaimy
                     Associate Prof Ahamed Kameel Mydin Meera
                     (Author of the books The Islamic Gold Dinar  and The Theft of Nations)
                     Dr. Azizuddin
Entrance fee   : Dealer                RM50.00
                     Non-Dealer        RM60.00

Friday, November 5, 2010

Kita Baru Di Peringkat Awal



Ini adalah jangkaan pergerakan harga emas. Kita sebenarnya masih di peringkagt awal kesedaran tentang kelebihan emas. Apa bila keadaan masyarakat panik dan semua berlumba untuk mendapat emas dan perak, maka graf akan mendongak naik dan sampai ke kemuncak dalam jangka masa singkat. Masyarakat akan membayar dengan apa sahaja aset yang mereka ada untuk mendapatkan emas dan perak. Di sinilah 'wealth transfer akan berlaku'. Sesiapa yang memiliki emas akan mendapat tanah, rumah, kereta, duit (kalau masih laku) dan lain-lain dengan jumlah yang banyak.

Sudahkah anda tergolong dalam kelompok yang berada di peringkat awal ini ? Jika belum cepat hubungi saya dan rakan-rakan emas di rangkaian kami dan pelbagai group lain yang berdekatan anda. Hubungi segera 0192142005 atau email nudin18@gmail.com. 

Thursday, November 4, 2010

Kami Sedia Membantu

Rangkaian Emas Naufal

Rangkaian Emas kami sedia memberi penerangan tentang emas dan perak dan berkongsi idea dengan anda tentang pelaburan emas dan perak di Malaysia. Sila hubungi kami untuk penerangan lanjut

Dr Sh Razlina Tuan Muda 
0192282006 - Melawati, Gombak, Ampang 

Nun Imran Udin 
0199182114 - Manjung, Lumut, Setiawan

Hj Udin Che Muda 
0199841946 - Kuala Terengganu, Kuala Brang, Marang

Mohammad Zuki 
0194715596 - Batu Gajah, Kampung Gajah, Ipoh

Dr Jason Raj 
0125127004 - Ipoh, Chemor, Sungai Siput

Ridzuan Usman 
0122441071 - Manjung, Setiawan, Pantai Remis, Lumut

Jaafar Othaman 
0137976493 - Ipoh, Batu Gajah, Gopeng

Shaharul Faizal Yacob 
0195237768 - Ipoh, Sungai Siput

Mahudin Tian 
0176225248 - Manjung, Setiawan, Lumut

Tuan Mahadi  
0199860841 - Kuala Terengganu, Marang, Kuantan

Rosidi Shahar
0195789273 - Ipoh, Tambun, Gopeng, Tapah

Nor Sazila Darun Syah 
0195789273 - Ipoh, Tambun, Gopeng, Tapah

Wednesday, November 3, 2010

Currency War - Update Ekonomi Dunia

Peristiwa "bersejarah" pada Sabtu lalu pada kiraan ramai pemerhati-pemerhati emas, mungkin akan memberi impak yang besar kepada harga emas dunia. Peristiwa tersebut adalah pertemuan para menteri kewangan & gabenor Central Bank & negara-negara kelompok G-20, yang bertempat di Gyeongju, Korea Selatan.

Conclusion atau hasil daripada mesyuarat tersebut, antara intipatinya adalah, pihak-pihak berkuasa kewangan dari negara-negara yang mewakili 85% kekuatan ekonomi dunia, telah sepakat untuk tidak melemahkan matawang masing-masing, atau yang inilah yang disebut-sebut sebagai Currency War.

Apabila permuafakatan ini benar-benar tulus & pasaran telah percaya akan 'keseriusan' para pemimpin-pemimpin dunia tersebut, maka dijangkakan-untuk sementara waktu-harga emas akan turun sedikit, atau paling tidak pun akan mendatar & tidak akan menunjukkan sebarang kenaikan yang mendadak dalam waktu terdekat ini. Mengapa? Pertama, kerana kekhuatiran yang nilai USD akan turun secara dramatik sudah agak reda sedikit. Kedua, apabila economy uncertainty berkurang, maka permintaan terhadap emas pun akan menurun sedikit.

Bagaimanapun, secara peribadi The GoldBanker berpendapat, kami masih menganggap ini sebagai ura-ura atau rumours dan belum pastinya ia menjadi suatu asas yang kukuh untuk meramalkan harga emas bagi pasaran akan datang, kerana ia bersifat sementara & tidak di dukung oleh faktor-faktor yang kukuh yang bersifat fundamental. Ianya lebih kepada bersifat seolah-olah cuba untuk mengaburi mata dengan mendepankan khabar-khabar gembira padahal dalamannya kesedihan yang nyata. Bahkan, jika berdasarkan pada signalnya yang tersendiri, saya melihat trend harga emas masih akan terus menaik dalam jangka masa sederhana mahupun jangka panjang oleh sebab faktor-faktor fundamental berikut:

Harga emas dunia pada masa ini dinilai dalam USD, jadi tinggi atau rendahnya harga emas itu bergantung pada daya beli USD itu sendiri. Dan, tinggi rendahnya USD pula bergantung pada keadaan ekonominya sendiri. Menteri Kewangan Amerika Syarikat sehingga kini masih juga berusaha keras menekan China agar menaikkan nilai tukar Yuan, kerana Amerika merasakan daya beli matawangnya masih lagi tinggi sehingga tidak kompetitif dalam perdagangan global khususnya dengan China.

Amerika juga hidup dalam hutang yang menimbun-nimbun yang besarnya 8 kali ganda GDP mereka. Mereka langsung tidak peduli dengan defisit & amat terkenal dengan pemerintahan yang boros. Tahun ini sahaja, Obama membelanjakan USD 3.5 Trillion untuk pelbagai program ciptaannya.

Apabila pengeluaran sesuatu negara tidak cukup untuk membayar hutangnya sendiri, sedangkan belanja kian terus meningkat, maka apa yang akan berlaku? "Tabiat" mencetak wang sesuka hati itu akan terus-terusan berlaku atau dari segi istilah investasinya dikenali sebagai Quantitative Easing

Terdahulu, mereka telah lakukan pada 2 tahun lepas sewaktu ingin mencegah negara itu daripada terus-terusan ke lembah krisis, dan keduanya, rata-rata para pemerhati dunia sepakat meramalkan mereka akan lakukan sekali lagi dalam waktu yang terdekat ini. Bila wang terus dicetak tanpa diseimbangkan dengan peningkatan ekonomi yang setara, pastilah nilai wang itu jatuh & harga barang-barang yang dibeli akan terus melonjak.

Justeru, KITA lah orang-orang yang sedar & boleh mengambil peluang di atas senario ini. Apabila rumour mengatakan harga emas akan jatuh sedikit selepas ini, maka saya merasakan inilah antara masa yang sesuai untuk kita membeli atau menambah tabungan emas kita. Atau, setidak-tidaknya, ini juga kesempatan yang patut diambil oleh pelabur-pelabur untuk mencabangkan atau "to diversify" aset-aset yang ada, bukan hanya bergantung harap pada aset matawang kertas semata tetapi seharusnya juga mengambil kira aset yang lebih stabil dan bebas dari pengaruh daya beli wang kertas.

Mungkin sesetengah daripada kita merasa bangga mempunyai tabungan dalam USD, bahkan turut memegang wang kertas fizikal USD, sejarah membuktikan bahawa daya beli USD terhadap emas terus menurun dan trend nya kelihatan seolah-olah akan terus menurun. Perhatikan graf di bawah & buat kiraan anda sendiri.

Seperti juga saya seringkali memberitahu pada dealer & customer saya, jika anda memiliki USD100 pada hari ini, 17 tahun akan datang nilainya hanya menjadi USD6. Untuk lebih jelas, contohnya jika sekarang anda beli set McD berharga USD6, 17 tahun akan datang, untuk set yang sama, anda perlu bayar USD100 !!!!

Petikan artikel sahabat emas : http://bankemas.blogspot.com/

Friday, October 29, 2010

Kalaulah ASB Harus ... saya masih tidak akan membelinya kerana ...

Graf dari Tahun 2000-2010
Low:- 255.30
High:- 1256.50
Difference:- 1001.2
Increment:- 392.16%
P.A:- 39.21%

Graf ASB dari tahun 1991-2008
Low:-8.75
High:-14.00
Difference in % :- -37.5%

Gold is always rising due to the value of money weakening.
Each year more Fiat money is printed thereby the value of paper money is decreasing!

Monday, October 25, 2010

Timbangan emas

Unit Timbangan Lama:


1 Kati = 600 gram
1 Tahil = 37.8 gram
1 Pikul = 60.48 kg
1 Mayam = 3.37 gram
1 Rial = 2.7 gram
1 Kupang = 0.64 gram
1 Amas = 2.551 gram
1 Suku = 0.8425 gram
1 Busak = 0.337 gram

Menunjukkan emas telah lama dan digunaka oleh pelbagai manusia.

Tuesday, October 19, 2010

Harga Tertinggi Sejak 57 Tahun

Salam,

Pembaca yang dihormati, Ini ada petikan akhbar berkenaan kenaikan harga getah dan kelapa sawit. Akibat penurunan nilai wang kertas harga kedua-dua hasil bumi Malaysia ini semakin meningkat. Selepas ini kita lihat pekebun-pekebun akan memiliki Lamborghini dan pekerja-pekerja saham menaiki kancil. Terbalik dari masa sekarang.


TEMERLOH 14 Okt. – Lebih 380,000 pekebun kecil di seluruh negara bakal menikmati pendapatan lumayan berikutan harga getah di pasaran mencecah sehingga RM11.90 sekilogram, harga tertinggi dalam tempoh 57 tahun.
Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata berdasarkan kenaikan harga itu, pendapatan pekebun kecil yang selama ini antara RM2,000 dan RM3,000, dijangka bertambah seiring dengan pengeluaran komoditi itu yang juga dijangka meningkat lebih sekali ganda berbanding pada masa ini sebanyak 1 tan sehektar.
“Berdasarkan harga baharu ini, kita jangka bukan sahaja pekebun kecil akan terus menoreh, malah sesiapa sahaja yang memiliki kebun getah, termasuk kakitangan kerajaan seperti guru dan pegawai, akan keluar menoreh sebelum ke tempat kerja,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan penubuhan Kelab Usahawan RISDA (Risec), di Dewan Tun Razak di sini hari ini.
Beliau berkata, RISDA yakin harga getah akan terus meningkat atau bertahan pada kadar RM11 sekilogram untuk satu tempoh yang panjang berdasarkan kepada faktor-faktor pasaran antarabangsa yang mendorong permintaan tinggi terhadap penggunaan barangan berasaskan getah asli.
Beliau berkata, pengeluaran getah tiruan semakin menurun kerana penghasilannya memerlukan minyak yang banyak.
Rahim berkata selain getah, harga kelapa sawit turut meningkat kepada RM600 satu tan berbanding RM400 hingga RM500 satu tan sejak dua minggu lepas.
Sehubungan itu, RISDA sedang mengkaji cadangan mewujudkan Skim Penstabilan Pendapatan kepada pekebun kecil supaya hasil pendapatan yang diperoleh ketika harga komoditi pada tahap tertinggi dapat ditabung untuk kegunaan semasa kejatuhan harga komoditi itu di pasaran.
“Kita sedang meneliti cadangan itu bagi membantu pekebun kecil menabung pendapatan mereka supaya kita tidak mahu mereka menyalahkan kerajaan apabila harga komoditi jatuh disebabkan tiada simpanan untuk perbelanjaan harian,” katanya. – BERNAMA

Persoalannya - getah dan kelapa sawit merupakan hasil tanaman yang akan meningkat harganya tetapi tidak sesuai di simpan dan dijadikan matawang. Memang anda boleh membuka ladang getah dan kelapa sawit dan menjadi kaya tetapi tidak semudah yang disangkakan untuk menjadi pekebun yang berjaya.

Emas dan perak masih menjadi komoditi terbaik kerana mengalami kenaikan harga seiring dengan komoditi lain dan tidak susah memilikinya. Membeli dan menjual serta menyimpan emas dan perak sepatutnya menjadi pilihan kita sekarang.

Sunday, October 17, 2010

Kenapa Harga Emas dan Perak Naik ?

Persoalan ini sering ditanya ramai - Pasal apa harga emas dan perak asyik naik aje ni ?

Sebelum menjawab soalan ni saya nak kita semua bezakan antara nilai emas dan harga emas. Nilai emas dan perak sebenarnya tak pernah naik. Kalau nak kaitkan nilai emas dengan benda, selalu dinyatakan nilai 1 dinar (4.25g emas 916) sentiasa sama dengan seekor kambing dan nilai satu dirham (3g perak 999) adalah sama dengan seekor ayam. Selama-lamanya kaitan 1 dinar sama seekor kambing dan 1 dirham akan sama. Dulu, kini dan selamanya.

Tetapi, harga dinar dan dirham jika dikaitkan dengan wang kertas sentiasa berubah begitu juga harga kambing dan ayam. Tak kiralah jika wang kertas tersebut USD, RM, Rupiah, Rupee, Won, Yen, Dong, Mark Rubal, Riyal dan seterusnya

Jika anda dapat bezakan nilai dan harga, maka senanglah saya bercerita

Apa yang di saya dapati berdasarkan pengalaman dan kajian ( Ni pinjam wording Dato Dr Fadhilah Kamsan) ialah terdapat 2 faktor utama yang menyebabkan harga emas dan perak naik.

Pertama: Kejatuhan nilai duit kertas akibat cetakan duit yang berlebihan. Cetakan ini boleh dilakukan oleh 2 pihak yang berkuasa mencetak duit secara sah.

Pihak pertama adalah kerajaan sesebuah negara dan kedua ialah bank. Contoh kejatuhan nilai duit akibat cetakan oleh kerajaan adalah duit pisang waktu Jepun menjajah Tanah Melayu dulu, Mark Jerman ketika perang dan Kerajaan Zimbabwee sekarang. Ini menyebabkan seikat pisang berharga berjuta-juta. Tengok gambar ni:

Kedua sistem perbankan melalui Fractional Reserve Banking System. Apa benda ni ? Mmmm ... maksud mudahnya, setiap sen dan ringgit atau dollar atau apa aje ler nama duit penyimpan boleh dipinjamkan oleh bank kepada mereka yang berminat menjadi peminjam dalam kadar tertentu, contohnya 1:10 , 1:12 dan seterusnya. Misalnya jika anda menyimpan seribu duit dalam bank MABU, bank MABU boleh memberi pinjaman sehingga sepuluh ribu duit kepada seorang atau beberapa peminjam lain dan dikenakan faedah. Mana datang duit sepuluh ribu tu ? Depa tulis aje dalam buku akaun peminjam dan peminjam boleh cashkan atau transfer untuk kegunaannya. Syaratnya kena bayar balik kepada bank MABU dalam tempoh campur dengan kadar faedah yang telah ditetapka. Tak ke cara ini namanya cetak duit?

Kalau guna kad kredit lagi hebat proses percet akan duit oleh bank ni. Camana ? Contohnya begini, bila kita goreskan kad kredit di mesin kad kredit, jumlah penggunaan akan di nyatakan sebagai hutang dalam akaun anda, tetapi sebagai pendapatan dan simpanan dalam akaun penjual. Dari jumlah simpanan penjual tersebut bank boleh memberikan pinjaman pula kepada orang lain dalam gandaan 10 atau 12 dan seterusnya serta dikenakan faedah. Wow ... hebat cara ni. kan ? Anda sebagai pembeli tak ada duit, penjual tak dapat duit lagi, bank tak duit tetapi boleh bank menjanakan pendapatan. Semuanya hanya dalam bentuk nombor di dalam akaun anda, akaun penjual, akaun bank dan akaun pemberi khidmat kad kredit. Hasilnya jumlah duit bertambah dalam negara dan harga barang-barang bertambah mahal. Dengan kata mudah, inflasi berterusan. Jika cetakan duit terlalu banyak istilah yang lebih tepat digunakan adalah hyperinflasi. 

Faktor kedua adalah faktor asas mana-mana perniagaan iaitu penawaran dan permintaan. Jika bekalan emas dan perak kurang dalam pasaran dan permintaan tinggi, maka harga naik. Kes ini berlaku di musim-musim perayaan. Sebab tu harga emas naik bila musim raya puasa, raya deepavali, raya krismas dan tahun baru cina dan sebagainya tapi bila musim panas dan orang cuti, harga emas dan perak turun.Perkara yang sama juga berlaku pada daging, ayam, bawang, cili dan barang-barang lain. Kenaikan dan penurunan harga disebabkan faktor ini  tidak berlaku secara berterusan dan jangka masa lama.

Oleh itu kesimpulannya harga emas dan perak akan bergantung kepada kesan percetakan duit dan juga permintaan/penawaran. Harga emas dan perak menuju puncak sekarang ini (terutamanya dari tahun 2001-sekarang) adalah kesan utama faktor yang pertama. Jika proses cetakan duit ini tidak berhenti, selagi itulah harga emas dan perak akan berada dalam graf menaik. Bila akan berhenti ? Suatu masa bila sistem fiat money / duit kertas ini luput dari muka dunia untuk sekian kalinya.

Wednesday, October 6, 2010

Carta Kenaikan Harga Emas dan Perak.







Koleksi emas, perak, dinar dan dirham




Harga emas dan perak sedang memuncak. Entah sampai bila pendakian ini. Beberapa ramalan emas akan menuju puncak sehingga USD1500/aunce dan perak sehingga USD35/aunce akhir tahun 2010. Kemudian emas dan perak akan meneruskan pendakian sehingga sistem matawang kertas merudum. Anda masih menunggu ? Kenapa tidak mulakan koleksi anda. Simpanan yang tidak akan rugi.

Friday, October 1, 2010

Berkecimpung dengan emas - mulakan langkah pertama (3)

Menyimpan emas.

Soalan tentang di mana dan bagaimana cara menyimpan emas dan perak adalah soalan paling lazim diterima setiap kali saya berkongsi cerita emas dengan kawan-kawan.

Saya lontarkan balik soalan - kalau ada seratus dua ringgit anda simpan dimana ? Kalau ada seribu dua anda simpan di mana dan jika ada berpuluh dan beratus ribu anda simpan dimana ? Terpulang sebenarnya. Ada yang simpan di rumah dan di bank. Jika di simpan dengan baik dan tidak dihebohkan, simpanan anda biasanya selamat walaupun di rumah.

Mmmmm .... wang kertas belum tentu selamat jika berlaku kebakaran tapi emas dan perak takkan lebur setakat 100-200 darjah celcius.Kalau lebur pun bila habis panasnya dia akan keras balik, dikutip dan dibentuk semula. Selamat.  Duit kertas ? Menangis aje lah.

Jawapan saya selalunya - jika ada sekeping dua dinar atau seketul dua jongkong 10-20g , simpan di tempat yang anda rasa paling selamat di rumah memadailah.  Berapa ramai kakak-kakak, makcik-makcik dan nenek-nenek yang menyimpan sampai 100-200 g emas perhiasan di rumah masing-masing bertahun-tahun dan dikeluarkan bila nak bergaya sahaja, tapi selamat.

Kalau ada dalam lingkungan 20K nilai emas dan perak dan tidak digunakan boleh memilih safe box di bank atau sayrikat safe box swastadengan kadar yang tidaklah terlalu mahal. Contohnya di Royal Safe Box - kotak terkecil di situ disewakan dengan kadar RM290 setahun - kalau kira-kira kurang RM1 sehari. Anda boleh layari http://www.rsdb.com.my/boxdetails.asp untuk maklumat lanjut. Secebis nasihat saya - kebanyakan safe box di bank hanya menawarkan insurans sehingga RM10K sahaja tetapi private safe box walaupun mahal sedikit sewanya tetapi menawarkan insurans RM100K sehingga RM400K setiap box. Anda kurang bijak jika menyimpan di safe box bank jika nilai emas dan perak anda melebihi RM10K.

Cara lain terutama untuk pelabur emas, ar rahnu adalah tempat simpanan yang baik dan menguntungkan. Upah simpan agak mahal contohnya 60-75 sen bagi setiap RM100 di Ar Rahnu Agrobank tetapi dengan duit gadaian yang anda terima anda boleh beli banyak emas lagi dan simpan lagi - Ni geng pelabur emas gelarkan "teknik rempit", maksudnya kejar untung dalam masa singkat dengan tekni ar Rahnu. Malangnya perak tak boleh digadaikan di ar rahnu buat masa sekarang


Oklah, pada yang masih takut-takut lagi nak simpan emas dan perak fizikal ni anda boleh beli emas dan perak atau dinar Public Gold dan simpan di Public Safe ( kerjasama dengan Royal Safe). Tak perlu susah-susah fikir, beli dari PG atau dealer PG, isi borang Public Safe dan mereka boleh uruskan. Bayaran juga murah - hanya 0.5% setahun berdasarkan harga emas semasa atau 1% setahun untuk perak atau minima RM20 setahun. Perak ni besar saiz untuk nilainya lebih kecil berbanding emas yang kecil tapi mahal, sbb tu mahal sikit upah simpan. Banyak ruang yang perlu digunakan untuk simpan perak di safe box.  Anda boleh layari www.publicsafe.com 

Emas dan Perak - Simpanan dan Pelaburan yang paling selamat buat anda dan keluarga.

Saturday, September 25, 2010

Keluarga Emas

Alhamdulillah setiap seorang dari kami telah memiliki dinar dan dirham
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin

Berminat menyimpan emas dan perak ? Membuat pelaburan dengan emas dan perak ? Berniaga emas ? Hubungi kami

Hj Udin Che Muda : 019 9841946 - Kuala Terengganu
Dr Nujaimin Udin : 019 2142005 - Ipoh dan KL
Dr Sharifah Razlina Tuan Muda : 019 2282006 - Melawati, KL
Najwa Izzati Udin : 013 9656040 - Bukit Jalil, KL
Nazrah IIzam Udin : 013 9480945 - Kluang
Nun Imran Udin : 019 9182114 - Manjung

Wednesday, September 15, 2010

Berkecimpung dengan emas - mulakan langkah pertama (2)

Salam para pembaca budiman,

Saya kenal pasti terdapat 3 golongan antara kita yang berkecimpung dalam dunia emas dan perak. Mungkin bersesuaian dengan profile maing-masing. Yalah, ada antara kita yang konservatif, ada yang sederhana dan ada yang betul-betul aggresif. Nilailah diri anda dalam kelompok mana anda berada. Tiada yang kurang atau lebih. Semua untung dalam dunia emas dan perak ini jika dilakukan dengan ilmu. Paling penting keterlibatan anda dalam dunia emas dan perak ini tidak melalaikan anda dan hati sentiasa senang dan tenang.

Golongan pertama adalah golongan penyimpan. Setiap kali ada duit, mereka beli emas atau perak dan simpan. Ini seperti ibu dan nenek saya dan ramai makcik-makcik dan kakak-kakak diluar sana. Mereka mewarisi, membeli dan menyimpan barang-barang kemas emas dan menayangkannya di kala hari-hari kenduri dan perayaan. Kadang-kadang mereka hanya menilai emas daripada segi bentuk dan ukiranya cantiknya sahaja dan tidak memikirkan soal nilai dan kenaikan harga. Tapi mereka tetap golongan yang untung dalam jangka masa panjang. Malah di kalangan lelaki yang mempunyai kesedaran tentang emas ini majoriti menyimpan emas dalam bentuk jongkong atau hadiah kepada isteri dan anak-anak perempuan. Mereka memang golongan beruntung kerana seperti yang telah saya paparkan dalam tulis yang lepas harga emas meningkat sehingga 35 % setahun. Duit kertas yang disimpan, susut nilai tetapi duit kertas yang ditukar kepada emas dan simpan emas, kekal nilai dan naik harganya. Begitu juga dengan perak, kenaikan harga perak seiring dengan kenaikan harga emas dan yang lebih menarik, perak lebih mampu dibeli kerana harga yang terlalu murah dipasaran ketika ini tetapi mempunyai potensi keuntungan yang sama dengan emas. Sekilo jongkong perak pada Feb 2010 berharga RM2139 dan hari ini selepas 7 bulan telah meningkat sehingga RM2716 ( Harga perak sebenar ketika ini sepatutnya sekitar RM 5000/kg)

Golongan kedua adalah golongan celik emas yang menggunakan emas sebagai satu cara pelaburan yang menguntungkan. Oleh kerana emas merupakan komoditi yang sentiasa meningkat harganya, ia boleh memberikan pulangan yang lumayan jika dilaburkan. Bagaimana ? Di Malaysia kita ada dua cara pelaburan emas. Pertama dengan membli emas fizikal (jongkong emas / syiling emas ) dan kedua dengan membuka akaun pelaburan emas. Barang kemas mengalami susut nilai yang tinggi ( sekitar 20-40%) dan tidak sesuai digunakan dalam pelaburan emas. Kos upahnya mahal. Barang kemas ni beli untuk simpan dan hadiah bolehlah. Itupun belilah emas dengan ketulinan 999 atau 916 saja. Emas putih ke, suasa ke usah ler beli. Rugi aje. Cantik tapi tak bernilai.

Di Malaysia kita boleh beli emas jongkong dan syiling emas dari Public Fine Gold ( jongkong, syiling dan dinar emas), Maybank (kijang emas), OUB bank ( jongkong dan syiling emas), Kelantan Dinar, rangkaian kedai-kedai emas seperti Habib Jewel, Poh Kong dll (jongkong emas pamp suise, bunga raya) dan peniaga-peniaga emas persendirian (jongkong). Anda boleh lawati website masing-masing untuk mengetahui jenis dan harga semasa. Harga emas memang berkadar dengan harga semasa emas dunia tetapi berbeza antara satu penjual-penjual tersebut.

Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tetapi mengikut pengalaman ramai saudagar emas dikalangan orang kebanyakan berurusan dengan Public Fine Gold adalah termudah dan menguntungkan.

http://www.publicgold.com.my
http://www.publicdinar.com
website lain - sila skroll ke bawah dan klik pada link lain dari situ.

Pastikan anda bayar duit dan dapat emas jika berurusan dengan penjual-penjual ini. Berhati-hatilah supaya tidak terlibat dengan pelbagai skim duit mudah tanpa kerja dan cepat kaya yang bertopengkan pelaburan emas. Dengan ilmu pelaburan emas, anda tidak perlu orang lain untuk menjalankan urusan pelaburan emas ini. Mudah aje sebenarnya. Kita boleh tentukan jumlah untung anda sendiri. Lagi tinggi ilmu pelaburan emas lagi banyak untung kita boleh buat.  Kita boleh beli ketika harga rendah, jual ketika harga tinggi, boleh gadaikan di ar rahnu ( Ar Rahnu Agrobank adalah yang terbaik ketika ini) dan beli emas lagi ketika harga rendah dan jual semula pada harga tinggi atau gadaikan emas fizikal dan buka akaun pelaburan emas di bank emas dan boleh buat untung ketika harga menaik atau menurun. Banyak caranya nak buat untung dengan emas fizikal ni.

 Kedua pelaburan emas dengan membukan akaun pelaburan emas ( Gold Investment Account) - Setakat hari ini, Maybank, Public Bank dan Kuwait Finance House yang menawarkan akaun emas ini. Sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas boleh membukan akaun ini tetapi bagi muslim hanya Kuwait Finance House yang menepati syara'. Mmmm ... agak mencabar juga bagi kebanyakan orang sebab kena hadir dengan batang tubuh di Kuwait Finance di KL ni untuk buka akaun emas. Kelebihan utama ialah tak payah pegang emas fizikal dan boleh membuat untung dengan jual beli ketika harga menaik atau menurun.    

Golongan ketiga - melipat gandakan untung dengan menjadi peniaga emas. Golongan inilah yang berpotfolio aggresif dan bergelar saudagar emas, tak kiralah kecil atau besar. Merekalah mampu menjana keuntungan maksimum dalam dunia emas ini. Kita boleh memilih untuk mengambil risiko membuka kedai emas dan perhiasan  atau boleh bermula dengan Public Fine Gold International yang menyediakan platform termudah untuk bergelar saudagar emas. Sebagai ahli golongan ketiga ini anda mampu menjana keuntungan sebagai penyimpan, pelabur dan peniaga sekaligus. Antara bentuk keuntungan tambahan sebagai peniaga emas ialah mendapat komisyen ketika membeli dan menjual balik emas dan untung dari spread (margin jual-beli) kita dengan pelanggan dan pelbagai promosi khusus untuk agen seperti bonus, hadiah pelancungan dan kereta. Kalau ada kedai emas dan perhiasan anda boleh memanipulasi untung dalam bentuk kos upah barang-barang kemas. Pendek kata anda maksimumkan dan tentukan pelbagai jenis untung dari emas ini. Kalau orang tak beli emas anda sekalipun, anda tetap untung sebagai penyimpan dan pelabur emas. Mmmm ... sebab tulah kita nampak semua peniaga emas kaya.   

Berkecimpung dengan emas - mulakan langkah pertama (1)



Salam rakan-rakan dan para pembaca sekalian,

Kita masih berada di bulan awal syawal. Tidak lambat lagi sekiranya saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Saya baru saja sampai dari kampung semalam. Cuti hampi 2 minggu di kampung telah saya gunakan untuk bersama ibu-bapa, adik-adik, saudara-mara dan rakan taulan. Selain bercerita tentang kehidupan masing-masing setelah hampir setahun tidak bertemu, sempat juga saya menyelitkan kisah-kisah emas, perak, dinar dan dirham.Seronok berkongsi pengalaman sebagai penyimpan, pelabur dan peniaga emas dan perak dengan mereka. 

Seperti yang disangkakan, semua mengetahui bahawa emas dan perak ini merupakan logam yang bernilai dan semua menyukainya. Malah ramai telah menyedari kenaikan emas dan perak yang mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun ramai yang masih terpinga-pinga tidak tahu bila dan bagaimana mahu bermula.

Baiklah para pembaca yang budiman, hari ini saya cuba meringkaskan bagaimana kita boleh memulakan langkah pertama dan berkecimpung dalam dunia emas dan perak. Saya akan kongsikan dengan anda pengalaman peribadi, pengalaman saudagar-saudagar emas dan pemahaman saya hasil pembacaan hampir setahun yang lalu tentang topik-topik emas dan perak. Perkara yang paling penting selama berkecimpung dalam dunia emas dan perak ialah ilmu. Mulakan langkah dengan ilmu dan sentiasalah mendalami ilmu-ilmu emas dan perak sepanjang perjalanan anda. Semoga anda mendapat manfaat daripada pembacaan hari ini.

Kita mulakan dengan persoalan. kenapa kita perlu menyimpan emas dan perak ? Emas dan perak adalah aset dan kekayaan yang sebenar seperti juga tanah. Lagi banyak kita menyimpan emas dan perak dan lagi luas hektar tanah yang kita miliki, secara umumnya lagi kayalah kita. Kekayaan ini adalah kekayaan yang 'real' bukannya aset atas kertas seperti saham atau dalam bentuk hutang.

Emas dan perak tidak mudah untuk dibinasakan. Bakar, ketuk, tanam dan apa jua kaedah mungkin akan mengubah bentuknya tetapi emas dan perak masih bernilai dalam apa jua bentuk dan rupa. Ia juga tidak dimamah usia. Nilainya tetap tidak hilang walaupun dikerat seribu. Kebanyakan harta lain akan berkurang nilanya dan akhirnya binasa selepas satu tempoh yang panjang. Contohnya deretan rumah kedai yang mungkin kita miliki akan dapat bertahan untuk satu atau dua generasi sahaja. Tetapi emas dan perak boleh menjadi warisan sepanjang umur manusia di bumi ini. Apatah lagi kalau kita menyimpan harta dalam bentuk duit kertas, terlalu mudah untuk binasa dan sejarah telah membuktikan sistem wang kertas tidak pernah bertahan lama. Pernah dengan wang jepun atau duit pisang suatu ketika dahulu di Malaysia? Hilang aje kuasa Jepun di Tanah Melayu, wangnya sesen pun tidak bernilai walaupun ada berguni di bawah rumah.

Harga emas dan perak semakin meningkat. Seperti yang saya nyatakan, hal ini telah disedari ramai. Semasa awal tahun 2000 harga emas kurang daripada RM 50/gram tapi hari ini telah meningkat sehingga sekitar RM140/gram. Cuba pergi gadaikan cincin emas kahwin anda yang dibeli pada tahun 2000 dan lihat perbezaan harganya.  Rantai emas sepuluh yang nenek kesayangan saya pakai beratnya dalam 80g, hanya berharga sekitar RM2000 pada pertengahan 90an tapi sekarang sudah mencecah harga lebih RM12 000. Dia hanya memakainya saban tahun. Okay, kita lihat graf kenaikan harga emas. Saya petik dari laman web kitco :




Purata kenaikan harga emas sekitar 27 peratus setahun (25-35%).Wow hebat !Simpanan biasa di bank, simpanan tetap, simpanan Tabung Haji, saham amanah, KWSP dan lain-lain tiada yang mampu memberi pulangan sebanyak ini. Saham amanah saya yang katanya terbaik di Malaysia yang saya simpan sejak mula bekerja sepuluh tahun lalu hanya memberi pulangan 15% saja setahun. Semuanya dah saya leburkan menjadi ketulan emas dan perak.

Kenapa perkara ini terjadi - para pembaca sekalian. Nilai emas dan perak sebenarnya tidak berubah sejak berkurun lamanya. Seekor kambing besar 1400 dahulu berharga 1 dinar (4.25g emas), hari ini tetap harganya 1 dinar. Seekor ayam kekal harganya 1 dirham (3g perak) sejak berkurun lamanya. Apa yang berlaku adalah kejatuhan nilai wang kertas yang menyebabkan harga emas dan perak meningkat.  Semasa bersekolah di tahun 80 an ayah hanya membekalkan saya 30 sen dan cukup untuk belanja di sekolah tetapi hari ini saya membekalkan anak aya di sekolah rendah RM3.00 untuk membeli makanan dan minuman yang serupa dengan apa yang saya beli dahulu. 10 kali ganda jumlahnya. Inilah yang dikatakan kuasa beli wang kertas yang merosot dalam jangka masa panjang. Duit kertas boleh dimanipulasi dan dicetak oleh penguasa negara yang menyebabkan lambakan duit di dalam negara dan seterusnya mengurangkan nilainya dan menyebabkan inflasi dan hyperinflasi ( sila baca tulisan saya - kita di rompak) tetapi emas dan perak tidak boleh dimanipulasi. Ruginya menyimpan duit kertas. Untungnya menyimpan emas dan perak. 

Emas dan perak juga laku di mana-mana sahaja di dunia ini. Ringgit hanya di terima di Malaysia sebagai medium jual beli, dong hanya laku di vietnam, rupiah hanya boleh digunakan di Indonesia, rupee hanya menjadi matawang India tetapi emas boleh digunakan di semua negara tersebut dan negara-negara lain. Emas dan perak diterima sebagai medium pertukaran di semua negara dan boleh ditukarkan kepada matawang negara yang kita berada.

Sunday, September 5, 2010

Perkongsian hebat dinar dan dirham dari pakar

Dinar Emas dan Dirham Perak bukan mata wang alternatif - kenyataan penuh Abdalhasib Castineira PDF Cetak E-mail
Rabu, 18 Ogos 2010 03:48
Castineira

Segala bentuk puji-pujian bagi Allah, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Tuhan sekelian alam, Penguasa pada Hari Pembalasan, yang telah mengumpul semua ilmu dalam zatNya dan Pencipta ilmu sehingga akhir masa. Salam dan selawat ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad s.a.w. yang  tidak diajar oleh manusia tetapi olehTuhan Yang Maha Berkuasa. Dialah nabi terakhir dan paling dimuliakan, nabi terakhir dalam warisan kenabian yang dibawa ke dunia yang fana ini dan membimbing kita ke jalan yang lurus. Semoga dilimpahkan rahmat dan barakah yang tidak terhingga ke atas keluarganya dan para sahabatnya yang dipilih daripada mereka yang terpuji dan murah hati.

Mengenai keprihatinan orang ramai berkenaan pelancaran mata wang Syariah  di negeri Kelantan pada 2 Ramadan 1431, saya sebagai saksi kepada sejarah yang gemilang itu di Bandaraya Kota Bharu dan juga sebagai Penasihat Syariah World Islamic Mint (WIM), saya ingin menyatakan dalam bentuk penjelasan  dan sokongan kepada usaha ini atas sebab-sebab berikut :



1.- Dinar Emas dan Dirham Perak bukanlah  mata wang yang sah diperlakukan (legal tender). Mata wang yang sah diperlakukan atau paksa laku seperti wang kertas, ialah sejenis pembayaran yang ditawarkan oleh undang-undang  di mana penggunaannya tidak boleh ditolak untuk membayar atau melangsaikan hutang. Cek peribadi, kad kredit dan lain-lain kaedah pembayaran yang tidak dilakukan secara tunai, juga bukan mata wang yang sah diperlakukan, hanya nota dan koin Ringgit Malaysia adalah mata wang yang sah diperlakukan. Pengeluaran mata wang yang sah diperlakukan merupakan kuasa  eksklusif Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kelantan tidak pernah berniat ataupun berhasrat  untuk mengeluarkan mata wang yang sah diperlakukan kerana  ia satu usaha yang hampir mustahil  dilakukan dari segi undang-undang.

2. Dinar dan Dirham dikenali dalam fekah sebagai mata wamg Syariah ataupun koin Syariah (sila lihat[a) Muqadimmah, Ibn Khaldun). Istilah koin Shariah adalah khusus kepada Dinar dan Dirham sahaja dan tidak digunakan untuk lain-lain koin samada yang diperbuat daripada emas, perak atau lain-lain bahan. Koin-koin lain semuanya dikenali sebagai  koin bukan syarii (ibn Khaldun).

3. Istilah mata wang alternatif atau mata wang pilihan tidak terpakai kepada mata wang Syariah atau koin Shariah kerana istilah “koin Shariah” itu khusus untuk Dinar and Dirham sahaja dan bukanlah alternatif  bagi lain-lain mata wang bukan sharii. Kedua-dua koin itu berdiri sendiri tanpa ada sebarang alternatif. Perkataan mata wang altenatif boleh digunakan sekiranya ada penerangan yang jelas terhadap perbezaan asas  antara koin Syariah dengan  mata wang yang sah diperlakukan  seperti Ringgit Malaysia. Ringgit Malaysia mempunyai sebuah konsep perundangan dan fungsi  yang berbeza.  Ringgit  Malaysia tidak berasas kepada kepada sebarang komoditi ,(‘ayn’  dalam Bahasa Arab – maksudnya barangan) seperti Dinar dan Dirham, sebaliknya, Ringgit Malaysia hanyalah nota janji (Bahasa Arab “dayn” bermaksud hutang atau tanggungan) tanpa apa-apa nilai intrinsik (nilainya sebagai  ‘ayn/barangan yang mempunyai nilai  ialah nilai kertas yang hampir kosong)  tetapi mata wang hampa  (fiat currency) itu diberi nilai oleh  Kerajaan Persekutuan melalui peruntukan undang-undang yang sedia ada dan ia boleh berubah dari semasa ke semasa. Sebaliknya, nilai Dinar dan Dirham bergantung sepenuhnya kepada nilai pasaran komoditi emas dan perak iaitu bahan koin-koin itu diperbuat, sama seperti sekilo beras bergantung kepada nilai beras. Perbezaan ini penting dari segi keagamaan, umpamanya, zakat yang merupakan sesuatu yang wajib di bawah hukum Syarak hendaklah dibayar dengan ‘ayn  dan  tidak boleh dengan dayn (sila lihat [b] Al-Kasani). Orang Islam hendaklah, sekiranya diberi pilihan (kalau pilihan tidak diberi atau tiada ‘ayn yang boleh diperolehi maka itu darurat, ia suatu keadaan yang luar biasa maka boleh digunakan buat sementara), untuk membayar zakat dengan ‘ayn.

4. Dari segi bahasa, Dinar dan Dirham tidak mempunyai  nilai muka tetapi masing-masing memberi makna kepada nilai mengikut berat tertentu. Dinar mempunyai berat khusus  4.25 gram yang juga dikenali sebagai mithqal dalam bahas Arab . Dirham pula mempunyai berat khusus 2.975 gram atau 7/10 mithqal. Bolehlah dikatakan, dari segi perundangan, kedua-duanya adalah seperti  1kg beras. Kedua-dua Dinar dan Dirham adalah komoditi (emas dan perak) yang mempunyai berat tersendiri, yang disebut di dalam al-Quran dan dalam banyak aspek Syariah berkenaan zakat dan lain-lain penghakiman, maka, beratnya  tidak boleh diubah.

5. Dalam sejarah, koin-koin Syariah tidak pernah menjadi mata wang yang sah diperlakukan. Dalam amalan masyarakat Islam awal, bukan mata wang Shariah sahaja digunakan sebagai bahan perantaraan pertukaran untuk pembayaran. Barli, buah kurma dan garam juga digunakan sebagai bahan perantaran pertukaran untuk pembayaran dan oleh itu tidak ada hak eksklusif diberi  kepada koin-koin Syariah. Amalan sebegini disebabkan adanya  “pilihan untuk memilih bahan perantaraan”  kerana wang turut dianggap sebagai sebahagian daripada urus niaga yang turut dikawal selia di bawah perintah Al-Quran yang sama yang mengawal selia perdagangan iaitu “tijaratun ‘aan tardim minkum” yang bermaksud berdaganglah dengan persetujuan bersama . Persetujuan bersama mengenepikan  ide paksaan ataupun monopoly berkaitan dengan urus niaga (sila lihat [c] Tafsir al-Jalalayn). Ini satu lagi sebab mengapa Dinar dan Dirham bukanlah mata wang  yang sah diperlakukan  dan tidak pernah menjadi wang sedemikian. Kebebasan memilih bahan perantaraan ialah satu hak asasi yang diberikan Allah kepada orang Islam dan bukan Islam. Penggunaan mata wang Syariah turut membawa maksud ia digunakan juga dengan meluas oleh orang bukan Islam.

6.Istilah “mata wang” biasanya difahami sebagai wang kertas yang sah diperlakukan atau wang hampa  yang mempunyai nilai muka. Oleh kerana mata wang  Syariah bukanlah mata wang sah diperlakukan dan tidak mempunyai nilai muka , koin Syariah itu lebih mudah difahami sebagai komoditi berbanding mata wang dalam penggunaan biasa istilah itu. Dalam amalan semasa, penggunaan koin Syariah tergolong dalam kategori pertukaran suka sama suka iaitu persetujuan bersama untuk pertukaran produk dan perkhidmatan. Sememangnya boleh dipertikaikan bahawa pada masa dahulu sebelum wujudnya perundangan mengenai  matawang yang sah diperlakukan, urus niaga yang menggunakan emas dan perak merupakan urus niaga yang biasa dan istilah “tukar barang”  sesuai utuk semua  urus niaga juga. Oleh itu penggunaan istilah ”mata wang Syariah” hendaklah difahami seperti apa yang telah diperjelaskan di atas  dan juga mengira pertimbangan amalan mengikut sejarah orang Islam kerana ia amat berkait rapat dengan hal-hal perundangan Islam.

7. Tidak lama dahulu dalam sejarah, mata wang kertas didefinasikan sebagai nota janji bersandarkan emas dan perak . Maka mereka sebenarnya memegang satu amanah (mempercayai seseorang itu untuk menjaga harta benda kita sehingga kita menuntutnya balik) dan bertanggungjawab untuk memulangkannya atau membayar balik  sejumlah emas atau perak apabila dituntut. Kita tahu daripada sejarah bahawa tanggungjawab itu biasanya tidak ditunaikan dan akhirnya kerajaan dunia memutuskan secara berperingkat-peringkat untuk mengenepikan terus  tanggungjawab tersebut. Kes yang paling mudah dibuat contoh ialah dollar Amerika Syarikat apabila negara itu membuat keputusan bersendirian untuk membatalkan Perjanjian Bretton Woods. Konsep pecah amanah ini diketahui di dalam al-Qur’an dan membawa bersamanya kesan perundangan iaitu larangan menberi amanah kepada orang bukan Islam kecuali mereka berada di bawah pemerintahan orang Islam supaya mereka kelak akan menunaikan tanggungawjab kontrak mereka itu (sila lihat [d] Qadi Abu Bakr ibn al-Arabi). Perintah ini, dalam teori memberi maksud larangan untuk menerima pound British , dollar Amerika Syarikat  dan lain-lain (atau apa sahaja mata wang yang menggunakan mata wang-mata wang ini sebagai sandaran), telah lama dihapuskan sejak zaman penjajahan oleh undang-undang baru yang menganggap larangan itu  tidak lagi terpakai. Di bawah inspirasi sistem perundangan penjajah, undang-undang perlembagaan semua negara Islam termasuk Malaysia memberi hak  untuk menerima  nota janji negara asing, daripada negara bukan Islam (umpamanya, USD) kepada Bank Negara masing-masing sebagai rezab nilai untuk mata wang hampa mereka sendiri. Disebabkan ini, ramai orang Islam ( termasuk bukan Islam) masih lagi beranggapan bahawa wang hampa mereka itu masih mempunyai sandaran emas atau perak sedangkan pada hakikatnya tiada mata wang di dunia ini yang bersandarkan emas mahupun perak. Dinar emas dan Dirham perak ialah komoditi (‘ayn), maka  kedua-dua koin itu bukanlah amanah sesiapa. Apabila kita berurus niaga, kita menyerahkan sedikit emas atau perak dan tidak memerlukan sandaran apa-apa bahan lain mahupun memohon keizinan pihak berkuasa selain daripada dirinya sendiri. Ini satu lagi sebab mengapa mata wang Syariah tidak boleh dibandingkan atau dipertimbangkan sebagai alternatif kepada “mata wang kertas”.

8. Ramai yang terkeliru dengan konsep sah diperlakukan. Koin dan nota bank tidak memerlukan izin untuk menjadi “sah diperlakukan” sebagai wang untuk berjual beli atau melaksanakan lain-lain urusan di mana wang  berperanan digunakan . Apa yang pasti ialah wang yang sah diperlakukan  mestilah diterima untuk membayar hutang wang . Sebagai contoh, Undang-Undang Persekutuan Amerika Syarikat tidak menghadkan perniagaan swasta, individu atau pertubuhan menerima atau menolak bentuk  pembayaran kepada mereka. Sebab itulah, peniaga bebas untuk menentukan bentuk  pembayaran, sebagai contoh, menggunakan kad kredit, atau untuk menolak menerima nota  bank yang pecahannya besar . Di Kanada sebagai contoh, hanya nota bank yanag dikeluarkan oleh Bank Canada sah diperlakukan, bagaimanapun, urus niaga komersil  secara sah di sisi undang-undang boleh diselesaikan dalam apa cara sekalipun yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.  Jumlah urus niaga Kanada yang agak besar dibayar dalam dollar Amerika Syarikat walaupun  dollar Amerika Syarikat bukanlah mata wang yang sah diperlakukan di Kanada.  Status wang yang sah diperlakukan boleh diketepikan kecuali seseorang itu berada dalam keadaan berhutang maka sebab itu, mesin menukar wang ataupun pekerja pengangkutan tidak perlu menerima wang pecahan besar  nota bank untuk tambang bas atau pun untuk sekeping coklat dan pekedai pun boleh menolak daripada menerima nota bank. Walaubagaimanapun, restoran yang memungut wang hanya selepas hidangan makanan selesai  (satu kedudukan di mana hutang telah tercipta) terpaksa menerima apa saja wang yang sah diperlakukan. Hak seorang peniaga untuk menolak menjalankan urus niaga dengan sesiapa sahaja membawa maksud bahawa seorang pembeli itu tidak boleh menuntut melakukan satu pembelian, maka mengisytiharkan sesuatu mata wang itu  sah diperlakukan  untuk tujuan selain daripada membayar hutang merupakan satu tindakan lewah.

9.Penempaan Dinar dan Dirham merupakan satu amalan orang Islam sejak daripada awal Islam lagi. Koin bertarikh pertama orang Islam ialah Dirham perak Sasanian Yezdigird III, yang ditempa  semasa Khalifah Uthman radiallahu anhu. Koin-koin ini berbeza daripada yang asal kerana terdapat tulisan bahasa Arab  pada bahagian muka koin itu, biasanya  “dengan nama Allah”. Sejak itu tulisan dalam bahasa Arab dengan nama Allah dan juga sebahagian daripada ayat Qur’an di atas koin-koin itu menjadi ikutan semua koin yang ditempa oleh orang Islam. Pada tahun 75H (695M) Khalifah Abdalmalik memerintahkan Al-Haddjadj untuk menempa dirham yang pertama  dan secara rasminya mengikut Piawaian Umar Al-Khattab radialluhu anhu:  7/10 mithqal. Pada tahun berikutnya, beliau memerintahkan dirham ditempa di semua wilayah Dar al-Islam. Beliau memerintahkan koin-koin itu ditempa dengan ayat “Allahu Ahad Allahu Samad”.  Penempaan koin Syariah dianggap satu tanggungjawab Sultan yang mesti diikuti (sila lihat [e] al-Qurtubi).
Dan kejayaan itu hak Allah. PadaNya kami berserah dan semua puji-pujian  bagiNya, Tuhan sekelian alam dan salam dan selawat ke atas nabi junjungan, Muhammad s.a.w.

Hamba Allah, Haji Abdalhasib Castineira  di Kuala Lumpur pada 5hb Ramadhan 1431.

(Abdalhasib Castineira ialah Penasihat Shariah World Islamic Mint dan Mantan Imam Masjid Jamek Granada)

Wednesday, September 1, 2010

Ehwal zakat dan kaitan dengan emas dan perak

Petikan dari web Kelantan Golden Trade Sdn Bhd

The Importance of Paying Zakat with Dinar & Dirham

"Islam is based on five: testifying that there is no god but Allah and that Muhammad is the Messenger of Allah, establishing the prayer, paying the Zakat, the Hajj and the fast of Ramadan."
Zakat cannot be paid with a promise of payment
Zakat can only be paid with tangible merchandise, called in Arabic 'ain. It cannot be paid with a promise to pay or a debt, called in Arabic dayn.
From the beginning the zakat was paid with dinars and dirhams. Most significant is that the payment of zakat was never allowed in paper money during all the ottoman period right until the fall of the Khalifate.
Shaykh Muhammad Alish (1802-1881), the great Maliki Qadi, said that if you were to pay zakat with paper-money only its value as merchandise ('ayn), that is, its value as paper can be accepted. Therefore, its nominal value is irrelevant as payment of zakat.
"If the Zakat was obligatory by considering its substance as a merchandise, then the nisab would not be stipulated according to its value but according to its substance and its quantity, as is the case with silver, gold, grain or fruits. Since its substance [paper] is irrelevant [in value] in respect to the Zakat, then it should be treated as the copper, iron or other similar substances."
Fatwa of Shaykh Alish
Payment of Zakat is perfectly explained and regulated in the Islamic jurisprudence. For centuries when Islamic Law was enforced by a Caliph or an Amir, the Zakat was collected in gold and silver. When paper-money was being first introduced, during the last century by the colonial powers the traditional ulema rejected it as being opposed to Islamic Law. According to them paper money was to be treated as fulus or lower category of currency with limited used, basically just as small change. It is, for example, not allowed to make a qirad with fulus. Among those ulema, stands out the famous scholar of magrebi ascendance, Shaykh Muhammad Alish (1802-1881) who was the Shaykh of the Shaykhs of Maliki fiqh in the University of Al-Azhar in Egypt. He wrote in his Fatwa.
"What is your judgement in respect to the paper with the stamp of the Sultan that circulates like the dinars and the dirhams? Is it obligatory to pay Zakat as if it was a coin of gold or silver, or merchandise, or not?"
I responded exactly in the following way:
"Praise belongs to Allah and blessing and peace upon our Master Muhammad, the Messenger of Allah."
"Zakat is not to be paid for it, because Zakat is restricted to the flocks, certain type of grains and fruits, gold and silver, the value of rotational merchandise and the price of the goods withheld. What is referred previously does not belong to any of these categories."
You will find an explanation by comparison with the copper coin or fulus with the stamp of the Sultan which is in circulation and for which no Zakat is paid since it does not belong to any of the categories mentioned. It says in the "Mudawwana": "Those who posses fulus for over a year for a value of 200 dirhams does not need to pay Zakat unless is used as a rotational merchandise. Then, it should be treated as if it was a merchandise."
In the "At-Tiraz", after mentioning that Abu Hanifa and Ash-Shafi'i obliged to pay Zakat for the fulus, [is stated that] since both affirm that the payment of Zakat is from value, and considering that Shafi'i has two contradictory opinions about the subject, the opinion of the school is that there is no obligation to pay Zakat for the fulus since there is no discrepancies about the fact that what counts with respect to the fulus is not its weight or its quantity but only its given value. If the Zakat was obligatory by considering its substance as a merchandise, then the nisab would not be stipulated according to its value but according to its substance and its quantity, as is the case with silver, gold, grain or fruits. Since its substance [paper] is irrelevant [in value] in respect to the Zakat, then it should be treated as the copper, iron or other similar substances.
And Allah, ta'ala, is the Wisest. And may Allah bless and give peace to our Master Muhammad and his family.
(Translated from the "Al-Fath Al-'Ali Al-Maliki" pp. 164-165).
This Fatwa considers paper-money to be fulus, because it only represents money and does not have value as merchandise. It follows that since Zakat cannot be paid in fulus, which has no value as merchandise, it cannot be paid in paper-money, which value as weight of paper is null. On this basis, it becomes clear the urgent need to restore the use of the Dinar and the Dirham as payment of Zakat. If the millions of Muslims who now make their payment of Zakat in paper money would do it in newly minted Dinars and Dirhams, they will put in circulation millions of gold and silver coins into the mainstream of daily commercial activities of our communities. That single act will became the most important political act of the century, opening the path towards the establishment our own halal free currency breaking away from the usurious financial system.
The return to the payment of zakat in gold and silver is an essential part of the reestablishment of Islam.

Saturday, August 28, 2010

Mengapa anda perlu menyimpan emas

Salam, 

Pembaca sekelian, saya meminjam artikel ini dari roslinasmile.blogspot.com

MENGAPA ANDA PERLU MENYIMPAN EMAS?

Di posting kali ini saya ingin berkongsi MENGAPA kita perlu menyimpan emas. Ramai yang sedia maklum , emas memang menjadi sumber pelaburan paling selamat sejak dari zaman dulu lagi. Tetapi masih ramai lagi rakyat di Malaysia ini tidak menyedari akan kepentingan pelaburan emas ini.


MENGAPA ANDA PERLU MENYIMPAN EMAS?

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya

Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Pada masa dahulu sesiapa yang yang memiliki emas akan dianggap kaya daan berkuasa. Sekiranya kita memiliki emas yang banyak pada masa sekarang kita juga akan dianggap kaya.

Emas dipilih sebagai simbol kekayaan kerana:

• Sifatnya yang tidak boleh dibinasakan.

Pernahkah tuan puan memegang wang kertas RM50.00. Sudah tentu pernahkan…Bolehkah ia dimusnahkan..sudah tentu boleh..dengan hanya mengoyak , dibakar dan mengguntingnya..nilai kekayaan berjumlah RM50.00 telah dimusanahkan menjadi ‘’0’’.

Lain pulak dengan emas..ianya boleh dicalarkan, digores tetapi nilai emas tetap tidak berubah. Oleh sebab itulah emas merupakan nilai kekayaan yang terunggul.

• Tahan lasak

• Ianya sukar diperolehi

• Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil

• Warnanya yang kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar

2.Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan!

Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 30% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung?

Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM133 segram!!

Mari kita lihat kenaikan harga emas dalam masa 10 tahun……..





Sejarah kenaikan harga emas dalam masa 10 tahun

Harga emas pada 28 Mac 2000 ialah USD275.50/oz

Harga emas pada 28 Mac 2010 ialah USD1105.50/oz

Ini adalah kenaikan 301% da dalam jangkamasa 10 tahun (purata 30% setahun)

Lagi lama anda menyimpan emas..maka lagi banyak keuntungan yang anda dapat dari kenaikan harga emas.

3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang

Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2010 ? RM 5 sehari pun tidak cukup..

Berbeza dengan nilai emas. Nilai emas hampir sama sejak zaman Rasulullah hinggalah sekarang. Pada zaman Nabi 1 Dinar (4.25g emas ketulenan 916) boleh membeli seekor kambing dan pada hari ini juga emas 1 Dinar boleh membeli seekor kambing (harga 1 dinar pada hari ini 11 April 2010 adalah lebih kurang RM 550.


Kesimpulannya.. nilai wang kertas semakin merosot...nilai emas semakin meningkat

Jadi sebagai pembaca yang bijak..kita mesti memilih emas sebagai simpanan

4. Aset yang terunggul

Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:


1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman - 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000-2009

5. Ia tidak boleh dimanipulasikan

Emas sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.

Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. RM 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.

Dah lihat akan kelebihan emas sebagai sumber pelaburan yang utama bukan?

Saya harap artikel ini dapat membuka minda pembaca MENGAPA kita perlu menyimpan emas. Ianya bukan sekadar pelaburan tetapi merupakan kekayaan yang sebenarnya.