Perubahan Harga Emas dan Perak Semasa

Friday, October 1, 2010

Berkecimpung dengan emas - mulakan langkah pertama (3)

Menyimpan emas.

Soalan tentang di mana dan bagaimana cara menyimpan emas dan perak adalah soalan paling lazim diterima setiap kali saya berkongsi cerita emas dengan kawan-kawan.

Saya lontarkan balik soalan - kalau ada seratus dua ringgit anda simpan dimana ? Kalau ada seribu dua anda simpan di mana dan jika ada berpuluh dan beratus ribu anda simpan dimana ? Terpulang sebenarnya. Ada yang simpan di rumah dan di bank. Jika di simpan dengan baik dan tidak dihebohkan, simpanan anda biasanya selamat walaupun di rumah.

Mmmmm .... wang kertas belum tentu selamat jika berlaku kebakaran tapi emas dan perak takkan lebur setakat 100-200 darjah celcius.Kalau lebur pun bila habis panasnya dia akan keras balik, dikutip dan dibentuk semula. Selamat.  Duit kertas ? Menangis aje lah.

Jawapan saya selalunya - jika ada sekeping dua dinar atau seketul dua jongkong 10-20g , simpan di tempat yang anda rasa paling selamat di rumah memadailah.  Berapa ramai kakak-kakak, makcik-makcik dan nenek-nenek yang menyimpan sampai 100-200 g emas perhiasan di rumah masing-masing bertahun-tahun dan dikeluarkan bila nak bergaya sahaja, tapi selamat.

Kalau ada dalam lingkungan 20K nilai emas dan perak dan tidak digunakan boleh memilih safe box di bank atau sayrikat safe box swastadengan kadar yang tidaklah terlalu mahal. Contohnya di Royal Safe Box - kotak terkecil di situ disewakan dengan kadar RM290 setahun - kalau kira-kira kurang RM1 sehari. Anda boleh layari http://www.rsdb.com.my/boxdetails.asp untuk maklumat lanjut. Secebis nasihat saya - kebanyakan safe box di bank hanya menawarkan insurans sehingga RM10K sahaja tetapi private safe box walaupun mahal sedikit sewanya tetapi menawarkan insurans RM100K sehingga RM400K setiap box. Anda kurang bijak jika menyimpan di safe box bank jika nilai emas dan perak anda melebihi RM10K.

Cara lain terutama untuk pelabur emas, ar rahnu adalah tempat simpanan yang baik dan menguntungkan. Upah simpan agak mahal contohnya 60-75 sen bagi setiap RM100 di Ar Rahnu Agrobank tetapi dengan duit gadaian yang anda terima anda boleh beli banyak emas lagi dan simpan lagi - Ni geng pelabur emas gelarkan "teknik rempit", maksudnya kejar untung dalam masa singkat dengan tekni ar Rahnu. Malangnya perak tak boleh digadaikan di ar rahnu buat masa sekarang


Oklah, pada yang masih takut-takut lagi nak simpan emas dan perak fizikal ni anda boleh beli emas dan perak atau dinar Public Gold dan simpan di Public Safe ( kerjasama dengan Royal Safe). Tak perlu susah-susah fikir, beli dari PG atau dealer PG, isi borang Public Safe dan mereka boleh uruskan. Bayaran juga murah - hanya 0.5% setahun berdasarkan harga emas semasa atau 1% setahun untuk perak atau minima RM20 setahun. Perak ni besar saiz untuk nilainya lebih kecil berbanding emas yang kecil tapi mahal, sbb tu mahal sikit upah simpan. Banyak ruang yang perlu digunakan untuk simpan perak di safe box.  Anda boleh layari www.publicsafe.com 

Emas dan Perak - Simpanan dan Pelaburan yang paling selamat buat anda dan keluarga.

No comments:

Post a Comment