Perubahan Harga Emas dan Perak Semasa

Friday, October 7, 2011

Emas PG di Bandung

 Saya dan isteri berpeluang berjalan-jalan di Bandung Indonesia baru-baru ini. Kami membawa ringgit Malaysia dan juga dinar emas keluaran syarikat Public Gold Marketing. Bandung terletak kira-kira 200km dari Jakarta di Jawa Barat dan memang terkenal sebagai bandar pelancongan dan syurga membeli belah di Indonesia. Bandarnya masih mengekalkan ciri-ciri lama, udaranya nyaman dan bersih.
Kami sengaja membawa dinar emas untuk melihat samaada dinar PG diterima atau tidak disini. Memand teruja ketika kami melihat di satu jalan di bandar Bandung terdapat deretan kedai emas dan gerai-gerai kecil 
yang menjual dan membeli emas. Tatkala kami mengunjungi salah satu gerai yang terpampang iklan "terima jual mas" kami telah dilayan dengan baik. Peniaganya membelek dinar emas PG dan terus menimbang berat dan menguji ketulenan dengan ujian asid. Memang sah tulen dan tepat timbangangannya. Saya bertanya "berapa harganya pak? Rupiah 300 000 per gram" jawabnya. "Mekasih pak" saya membalas kembali. Memang kami tidak berhasrat menjual dinar itu. Sekadar menguji sahaja. Lalu kami pun beredar ke kedai emas punya. Penjual wanita itu menerima kunjugan kami dengan senyuman. Bila dihulurkan dinar emas, lantas ditimbang dandiperiksa ketulenannya. Sah beratnya 4.25gm dan emas 916 tulen. Wow! hebat. "Berapa mau diambil mbak?" tanya saya."Rupiah 350 000 pergram", balas penjual wanita itu. Kalau dikira harganya bersamaan RM565 untuk 1 dinar. Setahun lepas saya membeli 1 dinar dengan harga sekitar RM500, kini boleh dijual di Bandung dengan harga RM565. Kami berdua tersenyum dan berlalu pergi. Teruja dengan kelebihan dinar emas yang memang sah diterima oleh masyarakat dunia. Kalau saya kehabisan ringgit pun saya masih mampu berbelanja di Bandung dengan menukar dinar kepada Rupiah. Tak perlu goreskan kad kredit. 
Harga dinar tersebut walaupun mungkin terpaksa dijual dengan harga lebih murah berbanding harga PG we buy semasa, tetap lebih tinggi daripada harga semasa saya mula-mula membeli emas setahun lepas. Ternyata emas memang mengekalkan keupayaan membeli walau dimana-mana sahaja. Jika anda bijak tawar menawar harganya, tentu lebih tinggi harga yang diperolehi. Masa di Bandung saya sekadar mahu menguji, jadi tidaklah terlalu ambil pusing tentang harganya
 Kami sempat berkunjug ke Takuban Perahu, The Peak, Pasar Baru dan pusing-pusing bandar Bandar dengan menaiki Kijang Innova yag dipandu oleh supir Pak Othman. Takuban perahu merupakan bekas gunung berapi yang pernah meletus. Sekitarnya hitam dengan bau sulfur memenuhi setiap ruang gunung. Asap sulfur dan air yang menggelegak masih boleh dilihat di situ. The Peak adalah tempat makan (fine dining) yang terletak di puncaj tertingi di Bandung. Jalan ke sana merupakan jalan kampung dan berpusing-pusing tetapi tempatnya memang sejuk dan menarik.
Setelah hampir 2 tahun berkecimpung dalam dunia emas dan perak, kini kami membawa dinar ke mana saja kami berkunjung kerana percaya emas tetap diterima oleh sesiapa sahaja dan dimana-mana.

"Simpan emas, kerana ia menyimpan kekayaan dan boleh dibelanja dimana saha"