Perubahan Harga Emas dan Perak Semasa

Friday, April 6, 2012

Urusan Emas dan Perak Patuh Syariah


EMAS pada sepanjang zaman dianggap sebagai simbol kekayaan, kemasyhuran dan kecantikan. Dalam sejarah ekonomi Islam, emas merupakan mata wang dan aset simpanan yang baik.
Teks al-Quran dan hadis banyak menjelaskan kepentingan emas dalam kehidupan manusia. Emas dirujuk sebagai mata wang dinar dalam firman-Nya:Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya.(ali-’Imran: 75)
Selain digambarkan sebagai harta kekayaan dalam surah ali-’Imran: 14 dan 91, al-Nisa’: 20, al-Taubah: 34, al-Zukhruf:33-35, al-Quran juga mendedahkan emas akan kekal sebagai barang berharga sehingga hari akhirat seperti dalam surah al-Israk: 93, al-Kahfi: 31, al-Hajj: 23, al-Faathir:33, al-Zukhruf: 53, al-Zukhruf: 71 dan al-Insan: 21.
Selain dijadikan barang kemas, emas juga menyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini kerana ia tidak boleh dibinasakan dan tidak hilang nilainya. Malah, nilainya sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
Ini dibuktikan dengan kenaikan harga emas daripada RM1,740.65/per aun kepada RM5,890.93/per aun, iaitu kenaikan sebanyak 238 peratus harga emas dalam tempoh lima tahun (2006 hingga 2011) atau secara purata kenaikan setahun adalah 48 peratus.
Kebenaran emas sebagai penyimpan nilai yang stabil boleh disaksikan melalui nilainya yang hampir sama sejak zaman Rasulullah SAW hingga sekarang.
Dalam sebuah hadis daripada Syahib bin Garqadah berkata: Saya mendengar penduduk bercerita tentang ‘Urwah, bahawa Nabi SAW memberikan wang satu dinar kepadanya agar dibeli seekor kambing untuk beliau, lalu dengan wang satu dinar tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian ia jual satu ekor dengan harga satu dinar. Ia pulang membawa satu dinar dan satu ekor kambing. Nabi SAW mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya ‘Urwah membeli tanah pun, ia pasti beruntung. (riwayat al-Bukhari)
Hadis ini menjelaskan harga seekor kambing pada zaman Rasulullah SAW lebih kurang satu dinar. Agak menarik, kestabilan harga emas terbukti dengan harga seekor kambing pada zaman kini juga lebih kurang RM750 atau satu dinar (bersamaan nilaian 4.25 gram emas).
Namun, akibat pelbagai hambatan ekonomi dunia fungsi dinar emas kini telah berubah kepada suatu komoditi yang diniagakan.
Perubahan landskap ekonomi dunia juga menimbulkan keghairahan di kalangan umat Islam di negara kita untuk melakukan urus niaga terhadap emas dalam bentuk pelaburan sama ada bentuk fizikal seperti siling, jongkong, barang kemas atau dalam bentuk akaun pelaburan emas.
Situasi ini menyebabkan kadang-kadang menyebabkan masyarakat yang lupa batas-batas syariah berkaitan urus niaga emas, terutama terjebak dengan amalan riba yang haram dan dikutuk dalam Islam, tidak memenuhi syarat kontrak dan sebagainya.
Mengikut muamalat Islam, urusniaga jual beli emas adalah termasuk dalam kontrak al-Sarf, iaitu jual beli mata wang. Maksudnya, kita membeli atau menjual emas dengan menggunakan mata wang seperti ringgit atau dolar.
Secara umum, urus niaga emas hendaklah memenuhi syarat utama kontrak al-Sarf yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam riwayat oleh ‘Ubadah bin al-Samit: Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam, perlu sama, timbangan sama dan diserah tangan segera. Jika berlainan jenis, juallah seperti mana kamu kehendaki selagi ia serahan segera (tidak bertangguh). (riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad).
Hadis ini menjelaskan syarat transaksi emas dengan mata wang iaitu:
  •  Serahan (qabd) barangan emas dan harga berlaku antara penjual dan pembeli (atau wakilnya) dalam majlis akad sebelum berpisah. Serahan emas oleh penjual boleh berlaku dalam bentuk hakiki (serahan fizikal emas) atau secara hukmi (penguasaan dan kemampuan mengendali/tasarruf ke atas emas oleh pembeli).
  • Serahan harga oleh pembeli pula boleh berlaku melalui pembayaran tunai, cek, kad debit atau kad kredit. Serahan ini mestilah berlaku dalam satu majlis akad antara penjual dan pembeli (atau wakil) sama ada melalui pertemuan fizikal, khidmat pesanan ringkas (SMS), telefon atau emel.
  • Serahan barangan emas dan harga hendaklah berlaku secara on the spot tanpa ada sebarang tempoh penangguhan masa. Justeru, pembelian emas secara bayaran ansuran atau hutang tidak dibenarkan syarak.
  • Walaupun begitu, kontrak jual beli emas yang melibatkan pembayaran cek atau pemindahan wang yang memerlukan tempoh matang seperti tiga hari bekerja dianggap masih belum berlaku akad tersebut hinggalah penjual mendapat bayarannya.
  • Apabila mendapat bayaran, kontrak akan berlaku dan penjual hendaklah menyerahkan emas kepada pembeli serta merta.

Suatu perkara yang penting dalam jual beli emas adalah berkaitan lock price(kunci harga), iaitu pembeli meletakkan perjanjian (wa’d) untuk membeli atau menjual pada harga tertentu.Maksudnya, walaupun harga emas naik atau turun, pembeli dapat membelinya dengan harga yang telah dikunci tersebut.Berhubung dengan perkara ini, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah memberikan panduan seperti berikut:
  • Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini adalah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu.
  • Perjanjian pembelian ini dinamakan ‘kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.

Selain itu, terdapat beberapa syarat-syarat lain terutama tentang fizikal emas dan harga yang mesti diambil berat oleh pelabur-pelabur emas, antaranya :
  • Emas hendaklah wujud, dimiliki penuh oleh penjual dan boleh diserahkan kepada pembeli sekurang-kurangnya dalam tempoh uruf (kebiasaan);
  • Emas hendaklah diketahui sifat fizikal, timbangan berat dan ketulenannya sama ada melihat sendiri fizikalnya atau melalui contoh pesanan.
  • Nilai harga emas hendaklah diketahui dan dipersetujui oleh penjual dan pembeli.
  • Kontrak jual beli hendaklah dilakukan atas dasar persetujuan dan keredaan, tanpa wujudnya sebarang paksaan, tipu helah atau sebarang penyembunyian keaiban.

Akhirnya, perlu diingatkan bahawa umat Islam perlu mengembalikan fungsi asas emas sebagai mata wang dan aset simpanan.
Jika terlibat dalam pelaburan emas yang menjanjikan bahagian sementara. Seharusnya kita tidak terjebak dengan amalan yang dilarang syarak seperti riba, perjudian, spekulasi, penipuan dan sebagainya.

Wednesday, March 28, 2012

Teruskan tabiat membeli dan menyimpan emas dan perak

Harga emas dan perak sentiasa berubah? Naik dan turun serta tak stabil? Suku ketiga tahun lepas emas naik hingga mencecah USD1900 dan perak hampir USD50 untuk setiap auns tapi kini emas turun hingga ke USD1650 dan perak sekitar USD32 sahaja. Tak kukuhlah pelaburan emas dan perak ini. Graf tak menaik pun seperti yang dicanangkan. Tak ada untung besar pun. Apakah ini bermain dalam fikiran anda ?

Baiklah, terdapat dua kategori manusia jika dihubungkan dengan emas dan perak. Pertama, golongan konservatif yang membeli dan menyimpan emas kerana tahu emas dan perak adalah komoditi yang berharga sepanjang zaman. Mereka sekadar beli dan simpan dan jual atau guna bila perlu. Kedua, golongan pelabur dan manusia yang berilmu dan mahir memanipulasi harga emas untuk mengumpul duit fiat dengan banyak.  Kedua-dua golongan ini tidak salah. Kedua-dua golongan adalah manusia yang bijak.

Kalau anda bukan tergolong dalam dua kumpulan ini, tentu anda akan terasa bahang dan bahana bermain-main dengan emas dan perak. Jadi suka saya nasihatkan jika anda ingin sentiasa gembira tetapi malas nak menimba ilmu, jadilah golongan pertama. Usah hiraukan sangat tentang harga emas dan perak. Beli bila anda berduit dan simpan selama anda tidak memerlukannya. Bila perlukan duit, jual emas dan perak anda sekadarnya atau tukarkan dengan barang yang anda perlukan. Kalau anda rajin menimba ilmu dan tidak gentar dengan risiko, jadilah golongan kedua. Golongan kedua lebih dinamik dan berpotensi menambahkan ketul-ketul emas dan perak mereka dengan cepat tetapi mereka juga terdedah kepada kehilangan ketul-ketul emas dan perak. tapi mereka tetap gembira sebab mereka melakukannya dengan ilmu dan faham akan risiko permainan emas-duit dan perak-duit.

Apa-apa pun nasihat saya, teruskan menyimpan emas dan perak.


Sunday, December 25, 2011

Ayah Kahwinkan Adik Ber Maskhwinkan Dinar

Keluarga kami memang telah mengakui kekuasaan emas sebagai penyimpan nilai. Baru-baru ini satu sejarah telah dilakarkan dalam kelurga kami apabila ayah sendiri menikahkan adik kami dengan menggunakan dinar PG sebagai mas kahwin. Barakallahulakuma.



video


Anda boleh tonton video ini. Kepada yang belum berkahwin, bolehlah contohi meraka dan kepada yang lama telah berkahwin, boleh juga menghadiahkan dinar kepada pasangan anda. Selamat berbahagia.


Energy Dispersive X Rays Spectroscopy dan Emas


Salam,

Saya berpeluang untuk ke Karnival Hijrah di Taman Syahbandar Kuala Terengganu. Salah satu khemah besar di situ adalah kelolaan Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (YPEIM). Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah memeriksa ketulenan emas dan peratusan kandungan metal di dalamnya. Sebagai peniaga emas, ketul-ketul emas dan perhiasan sentiasa ada bersama saya. Saya pun terus menguji ketulenan dinar emas dan barang kemas i-series PG selain emas-meas yang dibeli di kedai-kedai emas Terenganu. Alhamdulillah tanpa syak wasangka, emas PG dan emas-emas yang saya periksa pada hari itu memang tulen.

Apa itu EDX ?
Energy-dispersive X-ray spectroscopy (EDS or EDX or EDAX) is an analytical technique used for the elemental analysis or chemical characterization of a sample. It relies on the investigation of an interaction of a some source of X-ray excitation and a sample. Its characterization capabilities are due in large part to the fundamental principle that each element has a unique atomic structure allowing X-rays that are characteristic of an element's atomic structure to be identified uniquely from one another.

  
Berikut adalah keputusan ujian spectroscopy. Mesin yang berharga RM27k ini hanya boleh mnegsan 3 jenis logam (sopper, silver dan gold) Ada mesin yang boleh mengesan sehingga lebih dari 40 jenis kandungan bahan dalam sesuatu logam berharga. Emas boleh diuji ketulenannya dengan ujian asid, densitometry dan X ray spectroscopy ini. Ujian spectroscopy dikatakan lebih tepat berbanding dengan dua ujian lain kerana dapat mengesan semua jenis logam lengkap dengan peratusan kandungan logam tersebut. Bacaan yang diberikan adalah dalam bentuk peratusan dan juga karat. Emas sepuluh atau emas 99 peratus keatas adalah emas 24 karat, antara 95 hingga 99 peratus adalah 23 karat manakala antara 91.6 hingga 95 peratus adalah 22 karat.



 
Dua carta bacaan yang isertakan ini adalah ujian 1 dinar emas PG dan i-series 20g keluaran PG. Ternyata kedua-dua jenis emas keluaran Public Gold ini menepati piawaian seperti yang di nyatakan dalam kad pengesahan yang disertakan.
Jika anda berpeluang menggunakan mesin ini, anda boleh cuba menguji ketulenan perak, dinar dan dirham malah semua jenis emas yang banyak terdapat dipasaran. Anda lebih yakin dengan emas dan perak anda.

Friday, October 7, 2011

Emas PG di Bandung

 Saya dan isteri berpeluang berjalan-jalan di Bandung Indonesia baru-baru ini. Kami membawa ringgit Malaysia dan juga dinar emas keluaran syarikat Public Gold Marketing. Bandung terletak kira-kira 200km dari Jakarta di Jawa Barat dan memang terkenal sebagai bandar pelancongan dan syurga membeli belah di Indonesia. Bandarnya masih mengekalkan ciri-ciri lama, udaranya nyaman dan bersih.
Kami sengaja membawa dinar emas untuk melihat samaada dinar PG diterima atau tidak disini. Memand teruja ketika kami melihat di satu jalan di bandar Bandung terdapat deretan kedai emas dan gerai-gerai kecil 
yang menjual dan membeli emas. Tatkala kami mengunjungi salah satu gerai yang terpampang iklan "terima jual mas" kami telah dilayan dengan baik. Peniaganya membelek dinar emas PG dan terus menimbang berat dan menguji ketulenan dengan ujian asid. Memang sah tulen dan tepat timbangangannya. Saya bertanya "berapa harganya pak? Rupiah 300 000 per gram" jawabnya. "Mekasih pak" saya membalas kembali. Memang kami tidak berhasrat menjual dinar itu. Sekadar menguji sahaja. Lalu kami pun beredar ke kedai emas punya. Penjual wanita itu menerima kunjugan kami dengan senyuman. Bila dihulurkan dinar emas, lantas ditimbang dandiperiksa ketulenannya. Sah beratnya 4.25gm dan emas 916 tulen. Wow! hebat. "Berapa mau diambil mbak?" tanya saya."Rupiah 350 000 pergram", balas penjual wanita itu. Kalau dikira harganya bersamaan RM565 untuk 1 dinar. Setahun lepas saya membeli 1 dinar dengan harga sekitar RM500, kini boleh dijual di Bandung dengan harga RM565. Kami berdua tersenyum dan berlalu pergi. Teruja dengan kelebihan dinar emas yang memang sah diterima oleh masyarakat dunia. Kalau saya kehabisan ringgit pun saya masih mampu berbelanja di Bandung dengan menukar dinar kepada Rupiah. Tak perlu goreskan kad kredit. 
Harga dinar tersebut walaupun mungkin terpaksa dijual dengan harga lebih murah berbanding harga PG we buy semasa, tetap lebih tinggi daripada harga semasa saya mula-mula membeli emas setahun lepas. Ternyata emas memang mengekalkan keupayaan membeli walau dimana-mana sahaja. Jika anda bijak tawar menawar harganya, tentu lebih tinggi harga yang diperolehi. Masa di Bandung saya sekadar mahu menguji, jadi tidaklah terlalu ambil pusing tentang harganya
 Kami sempat berkunjug ke Takuban Perahu, The Peak, Pasar Baru dan pusing-pusing bandar Bandar dengan menaiki Kijang Innova yag dipandu oleh supir Pak Othman. Takuban perahu merupakan bekas gunung berapi yang pernah meletus. Sekitarnya hitam dengan bau sulfur memenuhi setiap ruang gunung. Asap sulfur dan air yang menggelegak masih boleh dilihat di situ. The Peak adalah tempat makan (fine dining) yang terletak di puncaj tertingi di Bandung. Jalan ke sana merupakan jalan kampung dan berpusing-pusing tetapi tempatnya memang sejuk dan menarik.
Setelah hampir 2 tahun berkecimpung dalam dunia emas dan perak, kini kami membawa dinar ke mana saja kami berkunjung kerana percaya emas tetap diterima oleh sesiapa sahaja dan dimana-mana.

"Simpan emas, kerana ia menyimpan kekayaan dan boleh dibelanja dimana saha"

Saturday, September 17, 2011

Harga Silver Mula Mahal

Harga silver mula melonjak. Awal tahun ini dari Januari hingga  April harga silver melonjak 2 kali ganda sehingga mencecah USD50 per auns (sekitar RM6000 untuk 1 kg Public Gold  Silver). Selepas itu harganya jatuh ke paras USD30 per auns (sekitar RM4000 untuk 1 kg PG Silver).  Ketika saya menulis artikel ini harga silver mula menaik ke paras USD 40 per auns atau sekitar RM5000 untuk sekilo PG Silver. Inilah harga sebenar silver pada masa ini, tidak over priced.
Apa tindakan anda ? Bagi yang telah membeli silver ketika harganya hanya USD 15 per auns tentu terfikir untuk menjualnya. Kepada yang belum memiliki silver, patutkan anda membelinya sekarang? Nasihat saya, kepada yang sudah memilikinya, simpanlah dulu baik-baik bawah bantal, usah jual dulu. Buat yang bercita-cita memiliki logam 'adik emas' ini, belilah sekarang, usah tunggu-tunggu. Kenapa?
Para analisis logam berharga menjangkakan harga silver akan meningkat ke paras USD50 per auns pada hujung tahun ini dan akan terus melonjak ke paras USD150 per auns dalam masa 18 bulan. Wow ! kenaikan 300%. Tapi usah terlalu teruja, ambil juga faktor kelemahan USD dan pengukuhan RM. Mmmm ... rasanya tidak keterlaluan kalau kita jangkakan harga silver akan naik 250% dalam RM. Memang hebat pelaburan silver ni dengan kenaikan harga 250% dalam masa setahun setengah akan datang.
Bank-bank pusat di seluruh dunia masih mengamalkan polisi kewangan dan sistem kredit yang lemah dan longgar. Hasilnya harga semua komiditi akan terus meningkat. Ini kita namakan zaman inflasi. Kita sudah melihat dalam bulan Ogos dan September tahun ini harga emas melonjak ke puncak tertinggi dalam sejarahnya kepada USD1923.70 per auns (sekitar RM200 per gram PG gold bar). Apabila harga emas mahal, harga adiknya perak juga akan meningkat. Hukum alam. Emas dan perak merupakan dua logam adik beradik yang memiliki sifat penyimpan nilai ketika zaman inflasi. Kedua-duanya akan sentiasa berjalan seiring. Seluruh dunia mengakui emas sebagai penyimpan nilai utama dan beberapa bangsa seperti Spanish, Imperial China dan Mogul India menggunakan silver sebagai standard dan mereka lebih fokus kepada silver ketika zaman inflasi.
Ketika abad ke19 ratio emas;perak stabil sekitar 1:16 tetapi telah jatuh ke paras terendah 1:80 pada abad ke20 ini. Menurut hukum alam, keadaan ini tidak akan mampu bertahan lama. Pembetulan kadar pasti berlaku  dan harga perak akan menaik lebih cepat dek kerana harganya perlu kembali kepada gold/silver ratio sekitar 1:15. Jika tidak kembali ke paras ini dalam jangka masa 1-2 tahun ini, ratio 1:25 adalah munasabah untuk berlaku. Pada Januari-April lepas ratio gold:silver menghampiri 1:30. Pembetulan kadar ini adalah berasaskan kepada "supply and demand" untuk investment dan juga industri dan bukannya permainan tangan kotor seperti yang dilakukan oleh Hunt Brothers pada tahun 1980.
Harga tertinggi emas masih tidak dapat dijangka. Jika dikira, harga emas sepatutnya berada sekitar USD2500 atau harga tertinggi USD5000, sama ketika harga tertinggi pada tahun 1980 (harga termasuk inflasi semasa dan jumlah duit fiat yang ada di pasaran kini).  Bayang harga silver ketika harganya kembali ke ratio 1:15.
Jadi kepada yang sudah memilik silver, usah terburu-buru, peganglah silver anda sehinga harganya mencecah sekurang-kurangnya USD150 (sekitar RM15 000 sekilo). Bagi yang belum memilikinya, anda berpeluang menggandakan wang fiat anda sebanyak 300% jika membeli sekarang .... peluang ini ada mungkin sekurang-kurangnya sehingga perubahan dasar sistem kewangan dunia dalam masa dua tahun ini.

Wednesday, September 14, 2011

The Power of Dream


Pertama kali pengumuman tentang sale insentif ini dibuat semasa meeting dealers di PG Sunway pertengahan tahun 2010. Kami dipertontonkan dengan video promotion. Siap dengan lagu yang sungguh bermotivasi tinggi. Sekali pandang saja hati saya sudah terdetik. YES! Saya akan bersama-sama mereka yang berjaya untuk ke Perth. Selepas itu saban waktu saya akan menonton video tersebut, malah selalu memakai T-shirt yang bertulis Perth dan Australia sambil menyusun strategi jualan. Selepas 11 bulan berusaha untuk mendapatkan sale lebih dari RM 2 juta untuk melayakkan diri ke Perth, jumlah sale terkumpul saya cuma RM1.6 juta - masih kurang RM400k. Tapi saya tetap yakin saya akan berjaya. Akhirnya beberapa hari saja sebelum tempoh 31 Ogos 2011 tamat saya menerima panggilan dari HQ PG menyatakan saya sudah layak. Alhamdulillah. Saya tak tahu mana datangnya RM400k dalam dalam masa 2 minggu itu.

The Power of Dream Big