Perubahan Harga Emas dan Perak Semasa

Saturday, September 17, 2011

Harga Silver Mula Mahal

Harga silver mula melonjak. Awal tahun ini dari Januari hingga  April harga silver melonjak 2 kali ganda sehingga mencecah USD50 per auns (sekitar RM6000 untuk 1 kg Public Gold  Silver). Selepas itu harganya jatuh ke paras USD30 per auns (sekitar RM4000 untuk 1 kg PG Silver).  Ketika saya menulis artikel ini harga silver mula menaik ke paras USD 40 per auns atau sekitar RM5000 untuk sekilo PG Silver. Inilah harga sebenar silver pada masa ini, tidak over priced.
Apa tindakan anda ? Bagi yang telah membeli silver ketika harganya hanya USD 15 per auns tentu terfikir untuk menjualnya. Kepada yang belum memiliki silver, patutkan anda membelinya sekarang? Nasihat saya, kepada yang sudah memilikinya, simpanlah dulu baik-baik bawah bantal, usah jual dulu. Buat yang bercita-cita memiliki logam 'adik emas' ini, belilah sekarang, usah tunggu-tunggu. Kenapa?
Para analisis logam berharga menjangkakan harga silver akan meningkat ke paras USD50 per auns pada hujung tahun ini dan akan terus melonjak ke paras USD150 per auns dalam masa 18 bulan. Wow ! kenaikan 300%. Tapi usah terlalu teruja, ambil juga faktor kelemahan USD dan pengukuhan RM. Mmmm ... rasanya tidak keterlaluan kalau kita jangkakan harga silver akan naik 250% dalam RM. Memang hebat pelaburan silver ni dengan kenaikan harga 250% dalam masa setahun setengah akan datang.
Bank-bank pusat di seluruh dunia masih mengamalkan polisi kewangan dan sistem kredit yang lemah dan longgar. Hasilnya harga semua komiditi akan terus meningkat. Ini kita namakan zaman inflasi. Kita sudah melihat dalam bulan Ogos dan September tahun ini harga emas melonjak ke puncak tertinggi dalam sejarahnya kepada USD1923.70 per auns (sekitar RM200 per gram PG gold bar). Apabila harga emas mahal, harga adiknya perak juga akan meningkat. Hukum alam. Emas dan perak merupakan dua logam adik beradik yang memiliki sifat penyimpan nilai ketika zaman inflasi. Kedua-duanya akan sentiasa berjalan seiring. Seluruh dunia mengakui emas sebagai penyimpan nilai utama dan beberapa bangsa seperti Spanish, Imperial China dan Mogul India menggunakan silver sebagai standard dan mereka lebih fokus kepada silver ketika zaman inflasi.
Ketika abad ke19 ratio emas;perak stabil sekitar 1:16 tetapi telah jatuh ke paras terendah 1:80 pada abad ke20 ini. Menurut hukum alam, keadaan ini tidak akan mampu bertahan lama. Pembetulan kadar pasti berlaku  dan harga perak akan menaik lebih cepat dek kerana harganya perlu kembali kepada gold/silver ratio sekitar 1:15. Jika tidak kembali ke paras ini dalam jangka masa 1-2 tahun ini, ratio 1:25 adalah munasabah untuk berlaku. Pada Januari-April lepas ratio gold:silver menghampiri 1:30. Pembetulan kadar ini adalah berasaskan kepada "supply and demand" untuk investment dan juga industri dan bukannya permainan tangan kotor seperti yang dilakukan oleh Hunt Brothers pada tahun 1980.
Harga tertinggi emas masih tidak dapat dijangka. Jika dikira, harga emas sepatutnya berada sekitar USD2500 atau harga tertinggi USD5000, sama ketika harga tertinggi pada tahun 1980 (harga termasuk inflasi semasa dan jumlah duit fiat yang ada di pasaran kini).  Bayang harga silver ketika harganya kembali ke ratio 1:15.
Jadi kepada yang sudah memilik silver, usah terburu-buru, peganglah silver anda sehinga harganya mencecah sekurang-kurangnya USD150 (sekitar RM15 000 sekilo). Bagi yang belum memilikinya, anda berpeluang menggandakan wang fiat anda sebanyak 300% jika membeli sekarang .... peluang ini ada mungkin sekurang-kurangnya sehingga perubahan dasar sistem kewangan dunia dalam masa dua tahun ini.

No comments:

Post a Comment