Perubahan Harga Emas dan Perak Semasa

Tuesday, October 19, 2010

Harga Tertinggi Sejak 57 Tahun

Salam,

Pembaca yang dihormati, Ini ada petikan akhbar berkenaan kenaikan harga getah dan kelapa sawit. Akibat penurunan nilai wang kertas harga kedua-dua hasil bumi Malaysia ini semakin meningkat. Selepas ini kita lihat pekebun-pekebun akan memiliki Lamborghini dan pekerja-pekerja saham menaiki kancil. Terbalik dari masa sekarang.


TEMERLOH 14 Okt. – Lebih 380,000 pekebun kecil di seluruh negara bakal menikmati pendapatan lumayan berikutan harga getah di pasaran mencecah sehingga RM11.90 sekilogram, harga tertinggi dalam tempoh 57 tahun.
Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata berdasarkan kenaikan harga itu, pendapatan pekebun kecil yang selama ini antara RM2,000 dan RM3,000, dijangka bertambah seiring dengan pengeluaran komoditi itu yang juga dijangka meningkat lebih sekali ganda berbanding pada masa ini sebanyak 1 tan sehektar.
“Berdasarkan harga baharu ini, kita jangka bukan sahaja pekebun kecil akan terus menoreh, malah sesiapa sahaja yang memiliki kebun getah, termasuk kakitangan kerajaan seperti guru dan pegawai, akan keluar menoreh sebelum ke tempat kerja,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan penubuhan Kelab Usahawan RISDA (Risec), di Dewan Tun Razak di sini hari ini.
Beliau berkata, RISDA yakin harga getah akan terus meningkat atau bertahan pada kadar RM11 sekilogram untuk satu tempoh yang panjang berdasarkan kepada faktor-faktor pasaran antarabangsa yang mendorong permintaan tinggi terhadap penggunaan barangan berasaskan getah asli.
Beliau berkata, pengeluaran getah tiruan semakin menurun kerana penghasilannya memerlukan minyak yang banyak.
Rahim berkata selain getah, harga kelapa sawit turut meningkat kepada RM600 satu tan berbanding RM400 hingga RM500 satu tan sejak dua minggu lepas.
Sehubungan itu, RISDA sedang mengkaji cadangan mewujudkan Skim Penstabilan Pendapatan kepada pekebun kecil supaya hasil pendapatan yang diperoleh ketika harga komoditi pada tahap tertinggi dapat ditabung untuk kegunaan semasa kejatuhan harga komoditi itu di pasaran.
“Kita sedang meneliti cadangan itu bagi membantu pekebun kecil menabung pendapatan mereka supaya kita tidak mahu mereka menyalahkan kerajaan apabila harga komoditi jatuh disebabkan tiada simpanan untuk perbelanjaan harian,” katanya. – BERNAMA

Persoalannya - getah dan kelapa sawit merupakan hasil tanaman yang akan meningkat harganya tetapi tidak sesuai di simpan dan dijadikan matawang. Memang anda boleh membuka ladang getah dan kelapa sawit dan menjadi kaya tetapi tidak semudah yang disangkakan untuk menjadi pekebun yang berjaya.

Emas dan perak masih menjadi komoditi terbaik kerana mengalami kenaikan harga seiring dengan komoditi lain dan tidak susah memilikinya. Membeli dan menjual serta menyimpan emas dan perak sepatutnya menjadi pilihan kita sekarang.

No comments:

Post a Comment