Saya dah untung. Why not jual dan rasai keuntungan hasil simpanan emas saya ni. Jika soalan begini bermain dibenak anda terutama ketika melihat harga naik mencacak seperti sekarang, cuba baca pendapat saya ni:
Pertama: Jika anda memerlukan duit fiat dan tiada sumber lain yang boleh dijadikan pusingan atau nak jalan keluar yang mudah, juallah emas anda. Memenuhi keperluan semasa adalah lebih baik daripada menyusahkan diri dan orang lain. Anda ada harta, maka gunalah harta anda sebaiknya. Lagipun emas ni untuk kegunaan di dunia, kalau mati orang lain yang punya. Insya Allah lain kali ada rezeki, belilah emas lagi.
Kedua: Saja-saja nak merasai untung. Mmmm ... kalau ini matlamatnya, saya rasa baik anda hold on dulu. Teruskan memegang emas dan perak. Sekarang bukan masanya mengaut untung dan bermewah sebab peluang anda lebih dan lebih untung masih panjang. Maksud saya harga emas dan perak masih "bull", atau senang kata masih mendaki naik. Apa sebabnya ? Apa asanya saya berpendapat begitu ?
Sistem wang fiat-hutang-riba yang menjadi tunggak kewangan dunia masih digunakan secara meluas. Walaupun terlihat seakan-akan mahu runtuh, terutamanya di Amerika dan Eropah ekorang jumlah hutang yang terlampau banyak, ia masih bertahan. Tak tahulah berapa tahun lagi. Selagi sistem ini tidak runtuh harga komoditi termasukan emas dan perak akan sentiasa meningkat. Kita yakin emas dan perak adalah penimbal dacing kewangan yang terbaik. Inilah yang dikatakan emas dan perak sebagai penyimpan nilai yang terbaik.
Ya ! harga emas dan perak dalam posisi menaik sekarang, dan kesedaran tentang kepentingan memegang emas dan perak masyarakat semakin hari semakin baik. Saban waktu ada saja berita mengenai emas samaada di media ceak atau elektronik. Suatu hari nanti apabila kesedarang telah tiba ke kemuncaknya, hukum penawaran dan permintaan akan berlaku seperti biasa. Emas akan menjadi rebutan, kemudian apabila emas menjadi terlalu mahal, perak pula akan direbut dan mungkin tembaga (copper) selepas itu. Hal ini telah terjadi beberapa kali dalam sejarah kewangan manusia. Apatah lagi perak, yang turut digunakan secara meluas dalam industri. Waktu itulah sekiranya anda berniat untuk merasai keuntungan sebenarnya, yes by all means do it. Juallah semua or sebahagian emas anda dan belilah apa yang anda mahu sebagai tukaran emas dan perak anda. Keadaan ini akan berlaku pantas, mungkin dalam beberapa hari, minggu atau bulan sahaja. Masa inilah yang anda perlu berjaga-jaga dan hanya yang berilmu dapat melakukan "swing" harta ini.
Tapi pada pendapat saya hasil bacaan dan pengamatan, masanya ini belum lagi tiba ...emas amat senang untuk mencecah RM200 segram atau USD 2000 per auns dan silver pada USD165 auns dalam setahun ini. Tunggu dulu ye. Jangan jual lagi tau !
No comments:
Post a Comment