Perubahan Harga Emas dan Perak Semasa

Friday, July 29, 2011

Patutkah saya membeli emas ketika harga dah mencecah all time high USD1620 /auns ? Mahalnya!


Salam,
Kali ini saya ingin berbicara dengan rakan-rakan yang masih belum membeli dan memiliki emas dan perak.

Pertama kali saya membeli emas di awal tahun 2010 saya merasakan harga emas amat mahal. Emas pertama saya 100g PG bar berharga RM11200 ketika itu. Apatah lagi bila mengetahui rakan-rakan yang telah membayar RM9000 sahaja untuk emas yang sama pada awal tahun 2009. Memang terasa saya telah membayar lebih. Tapi kini lepas lebih setahun, emas yang saya rasakan mahal itu telah berharga hampir RM17000. Baru terasa betapa murahnya emas 100g yang saya beli dulu. Smile.


Kepada anda yang saban waktu melihat kenaikan harga emas dan berharap satu hari nanti harganya akan jatuh dan barulah ingin mula membeli ini pandangan saya :

US dan Eropah di ambang krisis matawang. Greek telah diisytiharkan muflis. Berita ini bukanlah satu perkara asing. Telah menjadi bualan utama dalam wacana kewangan. Italy akan menyusul seketika nanti, Dengan kadar hutang negara melebihi pendapatan kasar negara sehingga 120%, mustahil untuk negara membayar hutang-hutang tersebut. US juga bakal dilabel muflis tidak lama lagi. Tidak mampu membayar hutang dan faedah. Hasilnya masyarakat hilang kepercayaan kepada matawang utama dunia ini -USD dan Euro. 

Untuk seketika matawang yang kecil seperti swiss franc, singapore dollar hatta mugkin ringgit Malaysia bakal menjadi tempat saudagar-saudagar matawang melambakkan duit. Apa yang akan berlaku? Harga matawang yang kecil ini bakal mengalami kenaikan jika dibandingkan dengan USD dan Euro- biasalah, faktor permintaan dan penawaran. Bila ramai yang nak beli swiss franc, harga akan naiklah. Simple. Tapi jika harga dah terlalu tinggi, kos-kos yang berlaitan ekonomi dala negara akan bertambah mahal dan boleh menjejaskan ekonomi dalam negara. Kerajaan pasti sedar perkara ini dan meletakkan had untuk sesuatu matawang daripada menjadi terlalu mahal.

Yes! Duit-duit saudagar besar dan perseorangan ini tentunya perlu dilambakkan pada suatu yang menguntungkan dan selamat. Kalau USD, Euro, Swiss franc, Sing Dollar dan lain-lain bahkan Ringgit Malaysia dah tak menguntungkan, ke mana lagi nak lambakkan duit ini? EMAS dan PERAK. Sejarah telah berlaku berkali-kali. Setiap kali kiris wang berlaku dua logam berharga ini akan menjadi tumpuan. EMAS dan PERAK menjadi tempat yang paling selamat untuk melambakkan harta. Sangat menguntung ketika harganya melonjak dan terus melonjak. kenapa harga melonjak? Simple aje - faktor penawaran dan permintaan. Akhirnya EMAS dan PERAK juga akan menjadi aset paling selamat tatkala semua wang-wang telah tidak laku.

Kerajaan boleh mengawal kenaikan harga duit atas sebab-sebab ekonomi dan politik tetapi tidak mampu untuk mengawal emas dan perak. Mungkin disana-sini akan berlaku sekatan dan undang-undang berkaitan pemilikan emas dan perak, tetapi tidak akan berjaya kerana emas dan perak adalah bahan yang diterima seluruh dunia dan tidak ada satu kerajaan pun yang boleh mendakwa emas dan perak itu miliknya. Kalau di US ada sekatan, emas masih boleh dijual beli dan dimiliki di India, China dan Malaysia. Inilah yang dinamakan kebebasan!

Selagi mana duit fiat digunakan dan diniagakan dan sistem kewangan dunia bersandarkan kepada duit fiat-hutang-riba, selagi itulah harga emas dan perak akan naik.Harga USD1600 hari ini dalah jauh lebih murah berbanding USD1800 tahun depan dan jauh lebih murah pada harga USD6500 beberapa tahun akan datang.

Belilah EMAS dan PERAK sekarang sebelum anda berputih mata. Pegang duit tidak berguna. Tiada emas, tiada harta.

No comments:

Post a Comment