Perubahan Harga Emas dan Perak Semasa

Tuesday, January 25, 2011

Harga Emas Makin Menjunam ?

Salam,

Ramai penyimpan emas dan perak tersenyum lebar beberapa minggu lepas kerana harga kedua-kuda komoditi ini melonjak sehingga ke paras tertinggi dalam sejarah dunia. Masing-masing mengira keuntungan dan optimis harga emas dan perak akan terus mendaki tinggi dan tentulah untung dalam nilai wang kertasnya pun akan berganda. Tapi alah-alah tengok harga precious metal ni terus menjunam, merudum sampai yang membeli beberapa minggu lalu dan peyimpan mula menarik muka, masam berkedut.

Ok sabar saudara sekalian, pertama ingin saya ucapkan tahniah sebab telah memiliki emas dikala masih ramai kawan-kawan kita diluar sana hanya memiliki kertas yang di atasnya ditulis nilai tertentu. Anda sebenarnya telah beberapa langkah terkehadapan berbanding mereka yang masih buta dan membutakan matanya tentang emas dan perak.

Kedua suka saya ingin cerita komen dari sifu kewangan Robert Kiyosaki dalam buletin terbarunya. Ini antara ringkasan yang dapat saya ambil daripada tulisannya.

1. Peningkatan harga yang terlalu mendadak perlukan pembetulan supaya tidak overprice, jadi emas dan perak sedang menjalani proses correction supaya selari dengan keadaan semasa.

2. Negara-negara asia telah menaikkan interest bond (hutang) dalam negara masing-masing menyebabkan pelabur lari daripada emas dan perak untuk mendapat untung sementara. Emas dan perak tidak memberikan keuntungan dalam bentuk dividen.


Duit yang terlalu banyak di pasaran dengan kadar interest yang rendah telah menjatuhkan ekonomi US pada tahun 2007 dan negara-negara asia terutamanya China telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menaikkan kadar interest untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku dinegara masing-masing.

Namun semua ini hanyalah bersifat sementara dan merupakan perkara biasa turun naik harga emas. Tiada perubahan dalam fundemental ekonomi dunia - masih berpaksikan kepada sistem kapitalis, hutang, riba, dan percetakan duit untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi dunia. Selagimana fundemental ekonomi tidak bertukar, emas dan perak akan terus menjadi penstabil ekonomi. Maka harga emas dan perak dalam jangkamasa panjang akan terus naik.

Jadi teruskan belian anda dan simpanlah emas dan perak. Inilah masa terbaik membeli dan menambah stok anda.

No comments:

Post a Comment