Salam rakan pembaca,
Saya berkahwin pada tahun sepuluh tahun yang lalu dengan mas kahwin RM2005 atau bersmaan kira-kira 15 Dinar emas pada masa tersebut. Mas kahwin sekitar RM1000-RM 5000 masih menjadi kebiasaan sekarang. Tapi masa awal milenium dulu tak pernah kedengaran dinar emas atau dirham ini malah emas hanya terkenal sebagai barang perhiasan.
Kini harga 15 Dinar yang sekitar RM2005 dahulu telah menjadi hampir RM10 000, atau empat kali ganda harganya berbanding 10 tahun dahulu. Kalau campur hantaran saya yang berjumlah RM5000 atau kira-kira 30 Dinar, maka harga 45 Dinar yang kami simpan dah menjadi RM30 000. Wow! Banyak tu. Dua kesimpulan yang saya boleh buat disini :
Pertama: Kadar mas kahwin sekarang sebenarnya semakin rendah kalau dinisbahkan dengan emas.
Kedua: Lebih baik jadikan Dinar sebagai mas kahwin berbanding dengan ringgit.
Kepada rakan-rakan yang bercadang untuk berumahtangga, fikir-fikrkanlah.
No comments:
Post a Comment