Perubahan Harga Emas dan Perak Semasa

Friday, November 12, 2010

Kenapa Anda Harus Menyimpan Emas

EMAS..

 Seperti yang kita sudah sedia maklum, emas memang menjadi sumber pelaburan paling selamat sejak dari zaman dulu lagi. Tetapi masih ramai lagi rakyat di Malaysia ini tidak menyedari akan kepentingan menyimpan emas ini. Rakyat Malaysia masih lagi terpengaruh dan mempercayai bahawa wang kertas adalah simbol kekayaan sedangkan simbol kekayaan sebenar bukanlah wang kertas, tetapi EMAS. ini bukan sekadar retorik kerana sejarah telah membuktikan sejak zaman berzaman walaupun empayar silih berganti EMAS tetap menjadi simbol kekayaan dan dijadikan sebagai matawang.

Cuba tanya pada diri kita. Mengapa kita perlu menyimpan emas?




1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya

Harta karum Emas Tertua di Dunia yang dijumpai di Bulgaria

Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang dimana sesiapa yang menyimpan emas dianggap kaya. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan tidak kira samada dibakar, di rendam dalam asid atau berkarat. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu KERTAS, makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

Penjelajahan orang Eropah (pada zaman penjelajahan Eropah) ke benua Amerika digalakkan oleh pelbagai berita yang menyatakan bahawa bahan hiasan emas digunakan secara berleluasa di kalangan orang asli Amerika, terutamanya di Amerika Tengah, Peru, dan Colombia. Pada zaman pemerintahan Firaun di Mesir, Emas memainkan peranan yang besar sehingga setiap Firaun dan golongan bangsawan yang mati akan dikebumikan bersama emas yang mereka miliki. Ini adalah salah satu sebab kenapa makam-makam mumia di mesir sering menjadi sasaran penjarah makam. Mereka menjarah bukan kerana sebab tertarik dengan nilai arkeologi, tetapi dengan nilai "Kekayaan" yang ditanam bersama mumia di makam tersebut.

Bagaimana? Adakah anda masih percaya wang kertas yang mudah terbakar, reput, lusuh dan dicetak sesuka hati layak menjadi simbol kekayaan sebenar?





2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang

Graf Harga Emas Dunia dari tahun 2005-2010

Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan! Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 25% setahun. paling busuk pun 20% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini?

cuba bandingkan dengan faedah/keuntungan simpanan tetap di Bank pada kadar 2-3% setahun, ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung? Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM157 segram (2010 )!!

 jika tahun ini kos pergi haji lebih kurang RM9k seorang, 5 tahun depan adakah kosuntuk mengerjakan haji masih sama? tentulah tidak bukan? jika anda membeli emas bernilai RM9k , 5 tahun akan datang bila anda menjual semula emas tersebut, kos mengerjakan Haji tetap bernilai  RM9k iaitu harga semasa anda membeli emas tersebut walaupun kos mengerjakan haji pada masa itu sudah naik.

 tidak percaya? lihatlah Graf sejarah harga emas dunia di sini --> http://www.kitco.com/charts/historicalgold.html




3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang

HyperInflasi di Zimbabwe menyebabkan harga tiga biji telur 100 Billion Zimbabwe dollar.

Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009? RM 5 sehari pun tidak cukup.

Bagaimana pula dengan emas? pada 1400 tahun dahulu harga seekor kambing berharga 1 dinar. sekarang setelah 1400 tahun berlalu, harga seekor kambing masih kali 1 dinar. Tidak kurang.. kalau hari ini harga milo ais RM1.80, 5 tahun atau 10 tahun nanti adakah milo ais masih berharga rm1.80 lagi?

masih tak cukup? ok.. ok.. apa kata kita lihat pada sejarah inflasi terburuk pula? dimana nilai matawang jadi tidak bernilai lagi. sila baca di sini http://en.wikipedia.org/wiki/Hyperinflation
oh ya, kita x perlu tengok jauh-jauh, ada negara  yang terdekat dengan kita yang boleh jadi contoh kejatuhan matawang iaitu Thailand, Indonesia, vietnam dan Filipina  =)

 Bayangkanlah Wang Kertas Berpuluh-puluh ribu yang anda simpan di Bank tetiba bernilai sebungkus nasi lemak apabila ekonomi meleset dan ringgit jatuh. Menangis tidak berlagu la.




4. Aset yang terunggul

wang emas dan wang kertas pada sebelum perang Vietnam

Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat 'wang kertas Iraq' yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

Oh ya, adakah anda pernah dengar semasa perang Vietnam, orang-orang vietnam menjual rumah, tanah dan ternakan mereka dengan jongkong emas vietnam (sila tengok gambar di atas). Kemudian membawanya bersama semasa lari meninggalkan Vietnam. Apabila sampai ke negara persinggahan mereka menukarkan emas tersebut dengan wang kertas negara tersebut untuk memulakan hidup baru dan dijadikan modal perniagaan. Bayangkan apa yang berlaku jika mereka membawa wang kertas vietnam dan bukannya EMAS.





5. Ia tidak boleh dimanipulasikan

Emas sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Ia merupakan logam yang sangat unik berbanding dengan logam lain.  Emas merupakan logam lembut, berkilat, berwarna kuning, tumpat, mudah ditempa, mulur, logam peralihan ( trivalen dan univalen ), dan stabil, iaitu tidak bertindak balas dengan kebanyakan bahan kimia. Walau bagaimanapun emas boleh diserang oleh klorin, fluorin dan akua regia. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan sebagaimana wang kertas. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan ilmu alkimi. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.

Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang. Emas pula akan tetap bernilai RM1 juta pada 5 tahun akan datang.

Petikan dari tulisan rakan emas : Mohamad Firdaus

No comments:

Post a Comment