Salam para pembaca budiman,
Saya kenal pasti terdapat 3 golongan antara kita yang berkecimpung dalam dunia emas dan perak. Mungkin bersesuaian dengan profile maing-masing. Yalah, ada antara kita yang konservatif, ada yang sederhana dan ada yang betul-betul aggresif. Nilailah diri anda dalam kelompok mana anda berada. Tiada yang kurang atau lebih. Semua untung dalam dunia emas dan perak ini jika dilakukan dengan ilmu. Paling penting keterlibatan anda dalam dunia emas dan perak ini tidak melalaikan anda dan hati sentiasa senang dan tenang.
Golongan pertama adalah golongan penyimpan. Setiap kali ada duit, mereka beli emas atau perak dan simpan. Ini seperti ibu dan nenek saya dan ramai makcik-makcik dan kakak-kakak diluar sana. Mereka mewarisi, membeli dan menyimpan barang-barang kemas emas dan menayangkannya di kala hari-hari kenduri dan perayaan. Kadang-kadang mereka hanya menilai emas daripada segi bentuk dan ukiranya cantiknya sahaja dan tidak memikirkan soal nilai dan kenaikan harga. Tapi mereka tetap golongan yang untung dalam jangka masa panjang. Malah di kalangan lelaki yang mempunyai kesedaran tentang emas ini majoriti menyimpan emas dalam bentuk jongkong atau hadiah kepada isteri dan anak-anak perempuan. Mereka memang golongan beruntung kerana seperti yang telah saya paparkan dalam tulis yang lepas harga emas meningkat sehingga 35 % setahun. Duit kertas yang disimpan, susut nilai tetapi duit kertas yang ditukar kepada emas dan simpan emas, kekal nilai dan naik harganya. Begitu juga dengan perak, kenaikan harga perak seiring dengan kenaikan harga emas dan yang lebih menarik, perak lebih mampu dibeli kerana harga yang terlalu murah dipasaran ketika ini tetapi mempunyai potensi keuntungan yang sama dengan emas. Sekilo jongkong perak pada Feb 2010 berharga RM2139 dan hari ini selepas 7 bulan telah meningkat sehingga RM2716 ( Harga perak sebenar ketika ini sepatutnya sekitar RM 5000/kg)
Golongan kedua adalah golongan celik emas yang menggunakan emas sebagai satu cara pelaburan yang menguntungkan. Oleh kerana emas merupakan komoditi yang sentiasa meningkat harganya, ia boleh memberikan pulangan yang lumayan jika dilaburkan. Bagaimana ? Di Malaysia kita ada dua cara pelaburan emas. Pertama dengan membli emas fizikal (jongkong emas / syiling emas ) dan kedua dengan membuka akaun pelaburan emas. Barang kemas mengalami susut nilai yang tinggi ( sekitar 20-40%) dan tidak sesuai digunakan dalam pelaburan emas. Kos upahnya mahal. Barang kemas ni beli untuk simpan dan hadiah bolehlah. Itupun belilah emas dengan ketulinan 999 atau 916 saja. Emas putih ke, suasa ke usah ler beli. Rugi aje. Cantik tapi tak bernilai.
Di Malaysia kita boleh beli emas jongkong dan syiling emas dari Public Fine Gold ( jongkong, syiling dan dinar emas), Maybank (kijang emas), OUB bank ( jongkong dan syiling emas), Kelantan Dinar, rangkaian kedai-kedai emas seperti Habib Jewel, Poh Kong dll (jongkong emas pamp suise, bunga raya) dan peniaga-peniaga emas persendirian (jongkong). Anda boleh lawati website masing-masing untuk mengetahui jenis dan harga semasa. Harga emas memang berkadar dengan harga semasa emas dunia tetapi berbeza antara satu penjual-penjual tersebut.
Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tetapi mengikut pengalaman ramai saudagar emas dikalangan orang kebanyakan berurusan dengan Public Fine Gold adalah termudah dan menguntungkan.
http://www.publicgold.com.my
http://www.publicdinar.com
website lain - sila skroll ke bawah dan klik pada link lain dari situ.
Pastikan anda bayar duit dan dapat emas jika berurusan dengan penjual-penjual ini. Berhati-hatilah supaya tidak terlibat dengan pelbagai skim duit mudah tanpa kerja dan cepat kaya yang bertopengkan pelaburan emas. Dengan ilmu pelaburan emas, anda tidak perlu orang lain untuk menjalankan urusan pelaburan emas ini. Mudah aje sebenarnya. Kita boleh tentukan jumlah untung anda sendiri. Lagi tinggi ilmu pelaburan emas lagi banyak untung kita boleh buat. Kita boleh beli ketika harga rendah, jual ketika harga tinggi, boleh gadaikan di ar rahnu ( Ar Rahnu Agrobank adalah yang terbaik ketika ini) dan beli emas lagi ketika harga rendah dan jual semula pada harga tinggi atau gadaikan emas fizikal dan buka akaun pelaburan emas di bank emas dan boleh buat untung ketika harga menaik atau menurun. Banyak caranya nak buat untung dengan emas fizikal ni.
Kedua pelaburan emas dengan membukan akaun pelaburan emas ( Gold Investment Account) - Setakat hari ini, Maybank, Public Bank dan Kuwait Finance House yang menawarkan akaun emas ini. Sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas boleh membukan akaun ini tetapi bagi muslim hanya Kuwait Finance House yang menepati syara'. Mmmm ... agak mencabar juga bagi kebanyakan orang sebab kena hadir dengan batang tubuh di Kuwait Finance di KL ni untuk buka akaun emas. Kelebihan utama ialah tak payah pegang emas fizikal dan boleh membuat untung dengan jual beli ketika harga menaik atau menurun.
Golongan ketiga - melipat gandakan untung dengan menjadi peniaga emas. Golongan inilah yang berpotfolio aggresif dan bergelar saudagar emas, tak kiralah kecil atau besar. Merekalah mampu menjana keuntungan maksimum dalam dunia emas ini. Kita boleh memilih untuk mengambil risiko membuka kedai emas dan perhiasan atau boleh bermula dengan Public Fine Gold International yang menyediakan platform termudah untuk bergelar saudagar emas. Sebagai ahli golongan ketiga ini anda mampu menjana keuntungan sebagai penyimpan, pelabur dan peniaga sekaligus. Antara bentuk keuntungan tambahan sebagai peniaga emas ialah mendapat komisyen ketika membeli dan menjual balik emas dan untung dari spread (margin jual-beli) kita dengan pelanggan dan pelbagai promosi khusus untuk agen seperti bonus, hadiah pelancungan dan kereta. Kalau ada kedai emas dan perhiasan anda boleh memanipulasi untung dalam bentuk kos upah barang-barang kemas. Pendek kata anda maksimumkan dan tentukan pelbagai jenis untung dari emas ini. Kalau orang tak beli emas anda sekalipun, anda tetap untung sebagai penyimpan dan pelabur emas. Mmmm ... sebab tulah kita nampak semua peniaga emas kaya.
kalo saya nak jual emas ketika ini...adakah harga yang dibeli untuk 20gm RM2753 dan 1 dinar RM569 seperti yang ditunjukkan???
ReplyDelete