Salam,
Para pembaca yang budiman. Semalam kita mendapat berita daripada Memanda Perdana Menteri yang baik hati memberikan duit raya sebanyak RM500 untuk semua pekerja gred 1-54 dan para pesara. Kerajaan negeri pun berlumba-lumba menunjukkan baik hatinya dengan menurut langkah kerajaan pusat. Jadi ramai juga rakyat yang dapat. Jumlah itu secara umumnya besar untuk para pekerja gred rendah dan kecil bagi gred tinggi, tapi apa-apa pun alhamdulillah dan terima kasih daun keladi kepada kerajaan. Ini kira duit terpijak dan tidak disangka-sangka boleh dapat. Tak masuk pun dalam bajet raya kita pada asalnya.
Walaupun ini mungkin hasil dari mencetak wang secara sah oleh bank negara tapi tak apa, sebelum duit tu cair dan melambak dalam pasaran negara baik kita buat sesuatu sekarang. Duit cair ? Ya para pembaca, duit itu boleh cair. Macam kita bancuh susu lah. Cuba ibaratkan air sebagai duit. Kalau susu banyak dan air sikit, air susu jadi pekat dan lazat, tapi bila dah banyak sangat tambah air, cairlah air susu tu. Kurang sedap dan kurang nilai walaupun jumlahnya banyak.
Kita bahagikan para pekerja dan pesara ini kepada tiga golongan yang bakal menggunakan RM500 ini dan lihat hasilnya.
Pertama: Golongan yang membelanjakan duit sebagai persediaan raya dan perbelanjaan konsumer lain. Mereka menambahkan koleksi baju raya sendiri dan anak-anak, mempelbagaikan kuih dan biskut, beli akesori rumah dan peribadi, servis kereta buat balik kampung atau buat duit raya dan bagi kepada anak-anak saudara. Bergembiralah golongan ini dalam dua minggu berbelanja duit lebihan ini. Lepas raya ? Semua duit habis, tak ada habuk pun. Gembira pun tak kekal.
Kedua: Golongan yang suka menyimpan. Dapat aje duit raya dari kerajaan, terus aje simpan. Ada yang simpan di bank dan ada yang simpan bawah bantal. Sekilas pandang nampak cerdik juga golongan ini sebab tak habiskan duit. Boleh gunakan untuk masa akan datang. Betul ke ? Dengan inflasi sekitar 4 peratus sekarang kalau simpan duit tu selama 10 tahun, nilainya akan susut sebanyak 40 peratus. Nilah yang kita kata duit cair.
Kalau banding dua golongan ini saya rasa yang pertama lebih baik sebab boleh juga dia merasai nilai RM500 dan gembira selama 2 minggu. Golongan kedua ni kurang cerdik sebab cuma syok sendiri aje ada duit, tapi sebenarnya ada duit yang makin berkurang nilainya. Kalau golongan pertama boleh beli 2 tayar kereta sekarang, golongan kedua ni nak beli 1 tayar pun mungkin tak mampu nanti pada tahun 2020.
Ketiga: Golongan yang menggunakan duit untuk buat duit. Ada yang bijak gunakan duit RM500 buat modal pusingan berniaga kecil-kecilan dalam bulan Ramadhan dan sambung lepas raya. Mereka ni ada peluang besar gandakan duit tu menjadi seribu, dua ribu dan seterusnya. Tapi maklumlah orang gomen, nak berniaga burger, pisang goreng dan bisness kecil-kecil ni mungkin tak sempat atau mim alif lam sim (M.A.L.A.S) Ada orang lain ni beli dinar ? Ops beli emas ? Ya. Kalau tambah dalam RM80 boleh beli 1 dinar. Kalau suami isteri orang gomen, boleh beli 2 dinar. Lepas tu simpan ajelah. Tak perlu berniaga dan perlu buka akaun bank. Orang mim alif lam sim pun boleh. Apa jadi ? Kalau lihat keadaan sekarang emas bertambah nilai sekitar 27 peratus sekarang. Kalau sepuluh tahun naiklah harga emas 270 peratus. Dari nilai RM580 akan menjadi RM1566, kalau suami dan isteri boleh dapat RM3132. Wowo ... hampir 3 kali ganda kaya hanya dengan menyimpan dinar.
Anda tergolong dalam golongan mana ? Berminat untuk menukar RM 500++ dengan dinar emas ? Sila hubungi saya di 0192142005.
Wassalam
No comments:
Post a Comment