Cuba renungkan
Jutawan A di negara Indi pada tahun 1980 mempunyai simpanan wang di Bank Mabu sebanyak Sejuta. Pada masa itu dia memang mampu membeli pelbagai barang mewah dan hidup bergaya. Namun dia tidak pernah menyentuh wangnya dan sentiasa berilusi banyak dia memang sentiasa jutawan.Hari ini dia memang mempunyai duit Sejuta lebih hasil faedah satu peratus yang dibayar oleh Bank Mabu setiap tahun tapi dia sudah tidak mampu membeli barang mewah dan hidup bergaya kerana semua barang mewah telah menjadi terlalu mahal dan duitnya menjadi kurang separuh nilainya jika dibandingkan dengan barang-barang.
Mmm ... kenapa berlaku macam ni ? Nilai barang tidak pernah berubah tapi duit sentiasa dicetak oleh Bank Mabu menyebabkan lambakan duit di pasaran dan menyusutkan nilainya. Inilah rompakan terancang dan sah disisi undang-undang kerajaan Bank Mabu. Kalau dengan istilah yang payah, ia disebut INFLASI.
Di negara yang sama ada seorang Makcik B menyimpan sekilogram emas dalam pelbagai bentuk perhiasan tersorok di dalam almarinya. Dia bukan jutawan hari ini, tetapi simpanan emasnya telah bertambah mahal harganya dan di mampu tersenyum setiap kali lalu di depan Bank Mabu dan di dalam hatinya berkata ... nasib baik aku tak jual emas-emasku dulu dan simpan duit di Bank Mabu ini, kalau idak, mesti dah miskin aku kini.
Apa tindakan anda ? Simpan duit di bank atau simpan emas ?
No comments:
Post a Comment