Perubahan Harga Emas dan Perak Semasa

Thursday, June 23, 2011

Kursus Analisa Teknikal Emas Dengan Pakar


Menambahkan ilmu dengan menghadiri kursus pelaburan emas dan analisa teknikal bersama-sama peniaga-peniaga emas di Terengganu. Kursus di kendalikan oleh Syukor dan Shufaad, pakar-pakar dunia emas dan perak di Malaysia.

Paling baik pelaburan adalah pada ilmu, bukan semata-mata emas dan perak fizikal. Teruskan mencari ilmu.

Sunday, June 19, 2011

Perjalanan emasku - Unedited version dalam Harian Metro 23 June 2011



Tugas profesional sebagai seorang pakar bedah saraf tidak menghalang saya untuk mendalami dan berkongsi ilmu tentang emas dan perak dengan rakan-rakan dan ahli masyarakat. Perjalanan saya di bidang simpanan dan pelaburan emas bermula sejak Disember 2008, dengan membaca buku dan blog  tentang sejarah matawang , penggunaaan emas dan perak sebagai duit, serta menghadiri seminar-seminar berkenaan sistem kewangan dan matawang dunia . Antara buku yang terawal saya baca adalah "Conspiracy Of The Rich" karangan Robert Kiyosaki dan "Gold and Silver" karangan Mike Maloney. Tidak lupa blog rakan-rakan terutamanya http://www.jutawanemas.com dan e-book pasal emas pelaburan oleh En Syukor yang banyak memberi maklumat kepada saya. Setelah mengetahui tentang kepentingan memiliki emas perak serta menyedari sistem kewangan dunia sedang mengalami masalah d iperingkat global telah mendorong saya membeli emas dan perak dengan niat untuk simpanan peribadi dan keluarga. Saya mula membeli daripada Koperasi ABIM sebelum mendaftar sebagai pembeli dan akhirnya menjadi  master dealer PG. 

Saya mengenali syarikat Public Gold Marketing ( dahulunya dikenali sebagai Public Fine Gold International) dari carian internet dan bacaan website dan blog. Hampir dua minggu saya berlayar di internet mendalami maklumat tentang emas, perak, dinar, dirham dan syarikat-syarikat yang menjual emas dan perak pelaburan ini. Hasilnya saya berminat dengan syarikat Public Gold Marketing dan jika tanya pendapat tentang public gold, saya suka menjawab begini : Sebuah syarikat pengeluar jongkong emas dan perak yang sedang pesat berkembang dan mempunyai sistem jual beli, pemasaran yang amat sistematik dan mesra pelanggan. Sistem jualan emas dan perak secara onlinenya amat mudah dan mantap. 

Saya mencabar diri saya untuk bersama-sama dengan para pejuang emas dan perak mendidik masyarakat Malaysia yang masih kurang kesedaran tentang kemerosotan nilai wang kertas dan seterusnya menyakinkan masyarakat untuk menukar simpanan dalam bentuk matawang di bank atau simpanan sendiri yang susut nilai kepada emas dan perak yang merupakan bentuk simpanan yang kalis inflasi.  Saya percaya  pendidikan samada secara peribadi 'one to one' dan seminar perlu dilakukan secara berterusan. Pendidikan dan penerangan dengan menggunakan website, blog dan facebook atau mana-mana laman sosial juga amat berguna dan mudah untuk dilakukan oleh pejuang-pejuang emas yang sibuk dengan kerjaya masing-masing. 

Sasaran saya adalah mendidik dan menyedarkan seramai mungkin ahli masyarakat tentang kepentingan memiliki emas dan perak sebagai salah satu simpanan masa depan. Di samping itu saya juga membantu isteri melalui syarikat TBB Aurum Enterprise membimbing pelanggan dan pengedar dalam rangkaian kami untuk berjual beli emas dan mengembangkan perniagaan emas masing-masing di seluruh Malaysia dan negara-negara jiran. Tidak mustahil untuk TBB Aurum Enterprise mempunyai ribuan rakan niaga di seluruh pelosok nusantara dalam masa 5 tahun ini. 

Saya suka menggunakan teknik sentuhan peribadi (personal approach dan coaching), blog dan facebook untuk menyedarkan keluarga dan rakan-rakan tetang kepentingan memiliki emas dan perak. Tidak sukar menyelitkan tentang cerita tentang duit, kewangan peribadi dan kepentingan simpanan dan pelaburan emas setiap kali bersembang dengan rakan-rakan. Hasil 'buah mulut' ini mendorong rakan-rakan melakukan penyelidikan lanjut dengan membaca buku dan melayari internet, Lantas apabila kesedaran telah ada, mereka dengan sendiri akan mula memebeli emas dan perak, malah ramai yang bersama-sama menjadi pengedar dan pejuang emas dan perak. Matlamat akhir adalah menggunakan emas perak dalam bentuk dinar dan dirham dalam muamalat seharian. 

Nasihat saya kepada rakan-rakan yang mula berjinak dengan dunia emas dan perak ; jangan berputus asa mendidik masyarakat perihal emas dan perak dan bukan hanya mementingkan keuntungan wang semata-mata. Penerangan dan bimbingan yang ikhlas akhirnya akan membuahkan keuntungan yang banyak dalam perniagaan. Beranilah berfikiran besar dan sentiasa impikan untuk menjadi kaya dan berjaya dunia dan akhirat.  

Thursday, June 9, 2011

Nak Beli Emas Dari Syarikat Mana ?

Salam

Saya sering menerima soalan dari peminat emas tetang apa beza beli emas fizikal dari syarikat dan kedai yang menjual emas fizikal X, Y, Z dan lain-lain. Baiklah, ini merupakan jawapan standard saya kepada semua.

Ada dua perkara yang perlu diketahui bila ingin membeli emas :

1. Harga emas semasa
2. Peratus spread - ini merupakan istilah yang sering digunakan untuk menunjukkan perbezaan antara harga jual (we sell) dan harga beli balik (we buy) oleh syarikat atau pengedar.

Soalan saya : Anda ingin membeli emas fizikal untuk dijadikan sebagai pelaburan jangka pendek dan sederhana (beberapa bulan atau setahun dua) atau anda ingin membeli emas fizikal dan kaut untung dalam jangka masa panjang ( beberapa tahun).

Jika pilihan anda adalah pelaburan jangka pendek dan sederhana, saya cadangkan carilah syarikat yang menawarkan peratusan spread yang terendah. Lagi kecil perbezaan antara harga we sell dan harga we buy lagi cepat keuntungan yang anda perolehi. Spread 5% lebih baik dari spread 8%. Ini adalah kerana tempoh yang diambil untuk harga we sell melepasi harga we buy lebih cepat di atasi jika spread 5% berbanding 8%. Senang cakap - ANDA UNTUNG CEPAT atau CEPAT BALIK MODAL.

Namun jika anda membeli emas sebagai pelaburan jangka panjang, faktor spread tidaklah begitu penting. Dalam hal ini lebih baik anda membeli emas dari syarikat yang menjual dengan harga paling rendah. Mottonya Buy lowest price and sell bila target keuntungan telah tercapai. Harga emas di Malaysia meningkat sekitar 23-25% setahun. Jika anda inginkan keuntungan lebih seratus peratus, simpanlah emas dalam masa 5 tahun. Jika anda menyimpan emas lebih 10 tahun, anda berpeluang menggandakan keuntungan anda lebih 250%. ANDA UNTUNG BESAR, LAMBAT TAPI SELAMAT. Tak janji tau.

Kalau masih pening nak pilih yang mana ? Nasihat saya camnilah, ada duit lebih beli aje emas mana-mana. Smile.