Harga emas dan perak sentiasa berubah? Naik dan turun serta tak stabil? Suku ketiga tahun lepas emas naik hingga mencecah USD1900 dan perak hampir USD50 untuk setiap auns tapi kini emas turun hingga ke USD1650 dan perak sekitar USD32 sahaja. Tak kukuhlah pelaburan emas dan perak ini. Graf tak menaik pun seperti yang dicanangkan. Tak ada untung besar pun. Apakah ini bermain dalam fikiran anda ?
Baiklah, terdapat dua kategori manusia jika dihubungkan dengan emas dan perak. Pertama, golongan konservatif yang membeli dan menyimpan emas kerana tahu emas dan perak adalah komoditi yang berharga sepanjang zaman. Mereka sekadar beli dan simpan dan jual atau guna bila perlu. Kedua, golongan pelabur dan manusia yang berilmu dan mahir memanipulasi harga emas untuk mengumpul duit fiat dengan banyak. Kedua-dua golongan ini tidak salah. Kedua-dua golongan adalah manusia yang bijak.
Kalau anda bukan tergolong dalam dua kumpulan ini, tentu anda akan terasa bahang dan bahana bermain-main dengan emas dan perak. Jadi suka saya nasihatkan jika anda ingin sentiasa gembira tetapi malas nak menimba ilmu, jadilah golongan pertama. Usah hiraukan sangat tentang harga emas dan perak. Beli bila anda berduit dan simpan selama anda tidak memerlukannya. Bila perlukan duit, jual emas dan perak anda sekadarnya atau tukarkan dengan barang yang anda perlukan. Kalau anda rajin menimba ilmu dan tidak gentar dengan risiko, jadilah golongan kedua. Golongan kedua lebih dinamik dan berpotensi menambahkan ketul-ketul emas dan perak mereka dengan cepat tetapi mereka juga terdedah kepada kehilangan ketul-ketul emas dan perak. tapi mereka tetap gembira sebab mereka melakukannya dengan ilmu dan faham akan risiko permainan emas-duit dan perak-duit.
Apa-apa pun nasihat saya, teruskan menyimpan emas dan perak.