Perubahan Harga Emas dan Perak Semasa

Tuesday, May 17, 2011

Teruskan membeli silver

Ramai pelabur precious metal terkujat apabila harga silver yang melambung hingga mencecah USD 50 per auns jatuh terjelepok hingga sekitar USD32-34 per auns sekarang dalam msa beberapa jam sahaja. Kalau beli jongkong silver PG yang 250g berharga sekitar RM1500, kini terbelalak mata sebab kini hanya berharga sekitar RM1100 saja. Hangus duit RM400 dalam masa beberapa hari saja. Kalau beli sekilo silver... mmm hilang hampir RM1600. Parah tuh. Tapi secara realitinya betul ke anda rugi ? Lihat di sini




Secara realiti harga silver masih lagi bullish dalam jangkamasa panjang. Maksudnya masih dalam graf menaik walaupun sekarang ni nampak macam rugi. September tahun lepas saya beli 250g silver baru je sekitar RM700, kalau jual balik sekarang pun masih untung dekat RM300. Kalau sekilo Feb 2010 dulu saya beli RM2139, kini masih lagi boleh dijual balik pada harga sekitar RM3600. Masih untung.

Cuba lihat graf kedua pula, harga komoditi mengalami kenaikan harga antara 200%-400% sejak 30 tahun lepas. Tapi hutang kerajaan (US ler tuh) meningkat hingga 1600%. Kalau ikut percaturan ekonomi, harga komoditi memang stabi yang yang akan pecah dan meletup ialah sistem wang kertas ni. So anda sebenarnya mempunyai otak bergeliga sebab menukar wang kertas menjadi ketulan silver walaupu mahal beberapa mingu lepas. Kalau wang kertas menjadi tak bernilai, anda telah ada sesuatu yang amat bernilai sebagai bahan tukaran (wang original)

Tapi betul ke mahal silver ni walaupun sekilo mencecah RM6000 bulan lepas ? Lihat graf ketiga di atas - jika harga silver di nilai dengan inflasi semasa, sebenarnya silver berada pada tahap yang sememangnya under price. Masih murah sebenarnya. Jadi harga sekitar RM4000 sekarang memang terlalu murah.

Jadi menyesal ke beli silver ? Usahlah menyesal. Anda bijak sebenarnya. Silver masih lagi  "Gold in the future". Ambillah peluang ini untuk menambah stok silver anda. Hubungi saya di TBB Aurum Enterprise.

Sunday, May 1, 2011

Cetakan duit halal

Salam,

Sekali lagi saya ingin menulis tentang hubungan antara kenaikan harga komoditi termasuk emas dan perak dengan proses percetakan duit. Duit dicetak ? Ya. Duit kertas memang sedang dicetak. Cetakan secara berterusan.  Kalau tidak dicetak secara zahir, nombor-nombor di dalam akauan kita yang 'mewakilkan' jumlah duit memang sentiasa diulang cetak. Percetakan yang dilakukan secara 'halal' oleh pihak berkenaan samaada pihak berwajib dan berkuasa atau pemain -ppemain dalam institusi perbankan. Malah, kita semua terlibat sebenarnya. Siapa yang tak ada akaun bank ? Siapa yang tidak menggunakan bank untuk pembiayaan kereta, rumah, pengajian, malah perabut rumah dan aksesori kereta ? Siapa yang terlalu hebat hidup di zaman ini yang semuanya tunai ? Entah, mungkin ada tapi saya belum pernah berjumpa dengan mereka.

Ok, disini saya saya kongsi bagaimana duit dicetak. Hasil cetakan yang menyebabkan lambakan duit di pasaran. Lambakan duit yang menyebabkan harga barang-barang dan komoditi mencongak naik.

Pertama - Cetakan duit oleh kerajaan. Ini dilakukan oleh bank negara dan di Malaysia alhamdulillah keadaannya masih terkawal dengan pengurusan yang baik. Cuba lihat negara Mozambique, sekeping note duit boleh dicetak dengan trillion tapi nilainya tak mampu membeli tiga biji telur.

Kedua - pengeluaran bon kerajaan. Apa ? Bon kerajaan ? Bukankan itu pelaburan yang paling selamat walaupun untungnya rendah ? Betul. Tapi hasil pengeluaran bon, duit menjadi bertambah banyak.

Ketiga - Pemberian hutang oleh bank konvensional dan dikenakan faedah. Kalau perbankan Islam, ini dinamakan pembiyaan dengan harga jual yang mahal. Ini boleh dilakukan kerana sistem perbankan mempunyai satu kaedah yang dinamakan Fractional Reserve Banking. Contohnya anda simpan RM100, bank boleh kasi pinjam RM1000 hingga RM1500 dan dikenakan faedah. Bank untung dengan faedah atau untung jualan, anda diberikan sedikit faedah dalam sistem konvesional atau hibah dalam perbankan Islam. Sama aje.

Cara ketiga ini yang berlaku secara berleluasa di seluruh dunia kini dan penyebab utama lembakan duit kertas atau wang fiat ini dalam sistem kewangan. Kesannya kenaikan harga komoditi.

Kalau anda menyimpan duit kertas anda rugi. Kalau anda simpan komoditi anda untung. Emmm ...dalam keadaan kita dan  orang biasa-biasa cuba lihat siapa mampu beli tanah beratus ekar, mempunyai lombong minyak dan hasil galian. Tapi bukankah kita mampu membeli emas dan perak. Ya, sedikit-sedikit. Tak perlu keizinan sesiapa atau urusan surat menyurat. Emas dan perak yang anda beli adalah hak mutlak anda. Lagi pantas percetakan duit, lagi mahal emas dan perak anda.

Anda cetaklah duit halal anda sendiri. Betulkan ?