Perubahan Harga Emas dan Perak Semasa

Sunday, March 27, 2011

Lombong Emas


Kita pegang emas yang dah cantik, yang kita tengok dalam video ni emas mentah (nugget) yang dilombong. Emas cantik yang kita pegang dilebur dari nuggets tulah. Emas bukan di bancuh, memang dah datang macam tu. Cuma ketulenannya akan berkurang jika dicampur dengan bahan lain sbb tu emas ada 999.9, 950, 916, 850 dan seterusnya. 

Wednesday, March 2, 2011

Zakat Emas dan Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar pembaca semua? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan gembira adanya :)
Baiklah kali ini saya ingin berkongsi maklumat berkenaan zakat emas dan perak serta kaedah pengiraannya.
Untuk pengetahuan anda emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab
- Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.
- Nisab pula merujuk kepada nilai berat.
Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35)
Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:
1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
2. Zakat emas yang dipakai.