Perubahan Harga Emas dan Perak Semasa

Friday, October 29, 2010

Kalaulah ASB Harus ... saya masih tidak akan membelinya kerana ...

Graf dari Tahun 2000-2010
Low:- 255.30
High:- 1256.50
Difference:- 1001.2
Increment:- 392.16%
P.A:- 39.21%

Graf ASB dari tahun 1991-2008
Low:-8.75
High:-14.00
Difference in % :- -37.5%

Gold is always rising due to the value of money weakening.
Each year more Fiat money is printed thereby the value of paper money is decreasing!

Monday, October 25, 2010

Timbangan emas

Unit Timbangan Lama:


1 Kati = 600 gram
1 Tahil = 37.8 gram
1 Pikul = 60.48 kg
1 Mayam = 3.37 gram
1 Rial = 2.7 gram
1 Kupang = 0.64 gram
1 Amas = 2.551 gram
1 Suku = 0.8425 gram
1 Busak = 0.337 gram

Menunjukkan emas telah lama dan digunaka oleh pelbagai manusia.

Tuesday, October 19, 2010

Harga Tertinggi Sejak 57 Tahun

Salam,

Pembaca yang dihormati, Ini ada petikan akhbar berkenaan kenaikan harga getah dan kelapa sawit. Akibat penurunan nilai wang kertas harga kedua-dua hasil bumi Malaysia ini semakin meningkat. Selepas ini kita lihat pekebun-pekebun akan memiliki Lamborghini dan pekerja-pekerja saham menaiki kancil. Terbalik dari masa sekarang.


TEMERLOH 14 Okt. – Lebih 380,000 pekebun kecil di seluruh negara bakal menikmati pendapatan lumayan berikutan harga getah di pasaran mencecah sehingga RM11.90 sekilogram, harga tertinggi dalam tempoh 57 tahun.
Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata berdasarkan kenaikan harga itu, pendapatan pekebun kecil yang selama ini antara RM2,000 dan RM3,000, dijangka bertambah seiring dengan pengeluaran komoditi itu yang juga dijangka meningkat lebih sekali ganda berbanding pada masa ini sebanyak 1 tan sehektar.
“Berdasarkan harga baharu ini, kita jangka bukan sahaja pekebun kecil akan terus menoreh, malah sesiapa sahaja yang memiliki kebun getah, termasuk kakitangan kerajaan seperti guru dan pegawai, akan keluar menoreh sebelum ke tempat kerja,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan penubuhan Kelab Usahawan RISDA (Risec), di Dewan Tun Razak di sini hari ini.
Beliau berkata, RISDA yakin harga getah akan terus meningkat atau bertahan pada kadar RM11 sekilogram untuk satu tempoh yang panjang berdasarkan kepada faktor-faktor pasaran antarabangsa yang mendorong permintaan tinggi terhadap penggunaan barangan berasaskan getah asli.
Beliau berkata, pengeluaran getah tiruan semakin menurun kerana penghasilannya memerlukan minyak yang banyak.
Rahim berkata selain getah, harga kelapa sawit turut meningkat kepada RM600 satu tan berbanding RM400 hingga RM500 satu tan sejak dua minggu lepas.
Sehubungan itu, RISDA sedang mengkaji cadangan mewujudkan Skim Penstabilan Pendapatan kepada pekebun kecil supaya hasil pendapatan yang diperoleh ketika harga komoditi pada tahap tertinggi dapat ditabung untuk kegunaan semasa kejatuhan harga komoditi itu di pasaran.
“Kita sedang meneliti cadangan itu bagi membantu pekebun kecil menabung pendapatan mereka supaya kita tidak mahu mereka menyalahkan kerajaan apabila harga komoditi jatuh disebabkan tiada simpanan untuk perbelanjaan harian,” katanya. – BERNAMA

Persoalannya - getah dan kelapa sawit merupakan hasil tanaman yang akan meningkat harganya tetapi tidak sesuai di simpan dan dijadikan matawang. Memang anda boleh membuka ladang getah dan kelapa sawit dan menjadi kaya tetapi tidak semudah yang disangkakan untuk menjadi pekebun yang berjaya.

Emas dan perak masih menjadi komoditi terbaik kerana mengalami kenaikan harga seiring dengan komoditi lain dan tidak susah memilikinya. Membeli dan menjual serta menyimpan emas dan perak sepatutnya menjadi pilihan kita sekarang.

Sunday, October 17, 2010

Kenapa Harga Emas dan Perak Naik ?

Persoalan ini sering ditanya ramai - Pasal apa harga emas dan perak asyik naik aje ni ?

Sebelum menjawab soalan ni saya nak kita semua bezakan antara nilai emas dan harga emas. Nilai emas dan perak sebenarnya tak pernah naik. Kalau nak kaitkan nilai emas dengan benda, selalu dinyatakan nilai 1 dinar (4.25g emas 916) sentiasa sama dengan seekor kambing dan nilai satu dirham (3g perak 999) adalah sama dengan seekor ayam. Selama-lamanya kaitan 1 dinar sama seekor kambing dan 1 dirham akan sama. Dulu, kini dan selamanya.

Tetapi, harga dinar dan dirham jika dikaitkan dengan wang kertas sentiasa berubah begitu juga harga kambing dan ayam. Tak kiralah jika wang kertas tersebut USD, RM, Rupiah, Rupee, Won, Yen, Dong, Mark Rubal, Riyal dan seterusnya

Jika anda dapat bezakan nilai dan harga, maka senanglah saya bercerita

Apa yang di saya dapati berdasarkan pengalaman dan kajian ( Ni pinjam wording Dato Dr Fadhilah Kamsan) ialah terdapat 2 faktor utama yang menyebabkan harga emas dan perak naik.

Pertama: Kejatuhan nilai duit kertas akibat cetakan duit yang berlebihan. Cetakan ini boleh dilakukan oleh 2 pihak yang berkuasa mencetak duit secara sah.

Pihak pertama adalah kerajaan sesebuah negara dan kedua ialah bank. Contoh kejatuhan nilai duit akibat cetakan oleh kerajaan adalah duit pisang waktu Jepun menjajah Tanah Melayu dulu, Mark Jerman ketika perang dan Kerajaan Zimbabwee sekarang. Ini menyebabkan seikat pisang berharga berjuta-juta. Tengok gambar ni:

Kedua sistem perbankan melalui Fractional Reserve Banking System. Apa benda ni ? Mmmm ... maksud mudahnya, setiap sen dan ringgit atau dollar atau apa aje ler nama duit penyimpan boleh dipinjamkan oleh bank kepada mereka yang berminat menjadi peminjam dalam kadar tertentu, contohnya 1:10 , 1:12 dan seterusnya. Misalnya jika anda menyimpan seribu duit dalam bank MABU, bank MABU boleh memberi pinjaman sehingga sepuluh ribu duit kepada seorang atau beberapa peminjam lain dan dikenakan faedah. Mana datang duit sepuluh ribu tu ? Depa tulis aje dalam buku akaun peminjam dan peminjam boleh cashkan atau transfer untuk kegunaannya. Syaratnya kena bayar balik kepada bank MABU dalam tempoh campur dengan kadar faedah yang telah ditetapka. Tak ke cara ini namanya cetak duit?

Kalau guna kad kredit lagi hebat proses percet akan duit oleh bank ni. Camana ? Contohnya begini, bila kita goreskan kad kredit di mesin kad kredit, jumlah penggunaan akan di nyatakan sebagai hutang dalam akaun anda, tetapi sebagai pendapatan dan simpanan dalam akaun penjual. Dari jumlah simpanan penjual tersebut bank boleh memberikan pinjaman pula kepada orang lain dalam gandaan 10 atau 12 dan seterusnya serta dikenakan faedah. Wow ... hebat cara ni. kan ? Anda sebagai pembeli tak ada duit, penjual tak dapat duit lagi, bank tak duit tetapi boleh bank menjanakan pendapatan. Semuanya hanya dalam bentuk nombor di dalam akaun anda, akaun penjual, akaun bank dan akaun pemberi khidmat kad kredit. Hasilnya jumlah duit bertambah dalam negara dan harga barang-barang bertambah mahal. Dengan kata mudah, inflasi berterusan. Jika cetakan duit terlalu banyak istilah yang lebih tepat digunakan adalah hyperinflasi. 

Faktor kedua adalah faktor asas mana-mana perniagaan iaitu penawaran dan permintaan. Jika bekalan emas dan perak kurang dalam pasaran dan permintaan tinggi, maka harga naik. Kes ini berlaku di musim-musim perayaan. Sebab tu harga emas naik bila musim raya puasa, raya deepavali, raya krismas dan tahun baru cina dan sebagainya tapi bila musim panas dan orang cuti, harga emas dan perak turun.Perkara yang sama juga berlaku pada daging, ayam, bawang, cili dan barang-barang lain. Kenaikan dan penurunan harga disebabkan faktor ini  tidak berlaku secara berterusan dan jangka masa lama.

Oleh itu kesimpulannya harga emas dan perak akan bergantung kepada kesan percetakan duit dan juga permintaan/penawaran. Harga emas dan perak menuju puncak sekarang ini (terutamanya dari tahun 2001-sekarang) adalah kesan utama faktor yang pertama. Jika proses cetakan duit ini tidak berhenti, selagi itulah harga emas dan perak akan berada dalam graf menaik. Bila akan berhenti ? Suatu masa bila sistem fiat money / duit kertas ini luput dari muka dunia untuk sekian kalinya.

Wednesday, October 6, 2010

Carta Kenaikan Harga Emas dan Perak.







Koleksi emas, perak, dinar dan dirham




Harga emas dan perak sedang memuncak. Entah sampai bila pendakian ini. Beberapa ramalan emas akan menuju puncak sehingga USD1500/aunce dan perak sehingga USD35/aunce akhir tahun 2010. Kemudian emas dan perak akan meneruskan pendakian sehingga sistem matawang kertas merudum. Anda masih menunggu ? Kenapa tidak mulakan koleksi anda. Simpanan yang tidak akan rugi.

Friday, October 1, 2010

Berkecimpung dengan emas - mulakan langkah pertama (3)

Menyimpan emas.

Soalan tentang di mana dan bagaimana cara menyimpan emas dan perak adalah soalan paling lazim diterima setiap kali saya berkongsi cerita emas dengan kawan-kawan.

Saya lontarkan balik soalan - kalau ada seratus dua ringgit anda simpan dimana ? Kalau ada seribu dua anda simpan di mana dan jika ada berpuluh dan beratus ribu anda simpan dimana ? Terpulang sebenarnya. Ada yang simpan di rumah dan di bank. Jika di simpan dengan baik dan tidak dihebohkan, simpanan anda biasanya selamat walaupun di rumah.

Mmmmm .... wang kertas belum tentu selamat jika berlaku kebakaran tapi emas dan perak takkan lebur setakat 100-200 darjah celcius.Kalau lebur pun bila habis panasnya dia akan keras balik, dikutip dan dibentuk semula. Selamat.  Duit kertas ? Menangis aje lah.

Jawapan saya selalunya - jika ada sekeping dua dinar atau seketul dua jongkong 10-20g , simpan di tempat yang anda rasa paling selamat di rumah memadailah.  Berapa ramai kakak-kakak, makcik-makcik dan nenek-nenek yang menyimpan sampai 100-200 g emas perhiasan di rumah masing-masing bertahun-tahun dan dikeluarkan bila nak bergaya sahaja, tapi selamat.

Kalau ada dalam lingkungan 20K nilai emas dan perak dan tidak digunakan boleh memilih safe box di bank atau sayrikat safe box swastadengan kadar yang tidaklah terlalu mahal. Contohnya di Royal Safe Box - kotak terkecil di situ disewakan dengan kadar RM290 setahun - kalau kira-kira kurang RM1 sehari. Anda boleh layari http://www.rsdb.com.my/boxdetails.asp untuk maklumat lanjut. Secebis nasihat saya - kebanyakan safe box di bank hanya menawarkan insurans sehingga RM10K sahaja tetapi private safe box walaupun mahal sedikit sewanya tetapi menawarkan insurans RM100K sehingga RM400K setiap box. Anda kurang bijak jika menyimpan di safe box bank jika nilai emas dan perak anda melebihi RM10K.

Cara lain terutama untuk pelabur emas, ar rahnu adalah tempat simpanan yang baik dan menguntungkan. Upah simpan agak mahal contohnya 60-75 sen bagi setiap RM100 di Ar Rahnu Agrobank tetapi dengan duit gadaian yang anda terima anda boleh beli banyak emas lagi dan simpan lagi - Ni geng pelabur emas gelarkan "teknik rempit", maksudnya kejar untung dalam masa singkat dengan tekni ar Rahnu. Malangnya perak tak boleh digadaikan di ar rahnu buat masa sekarang


Oklah, pada yang masih takut-takut lagi nak simpan emas dan perak fizikal ni anda boleh beli emas dan perak atau dinar Public Gold dan simpan di Public Safe ( kerjasama dengan Royal Safe). Tak perlu susah-susah fikir, beli dari PG atau dealer PG, isi borang Public Safe dan mereka boleh uruskan. Bayaran juga murah - hanya 0.5% setahun berdasarkan harga emas semasa atau 1% setahun untuk perak atau minima RM20 setahun. Perak ni besar saiz untuk nilainya lebih kecil berbanding emas yang kecil tapi mahal, sbb tu mahal sikit upah simpan. Banyak ruang yang perlu digunakan untuk simpan perak di safe box.  Anda boleh layari www.publicsafe.com 

Emas dan Perak - Simpanan dan Pelaburan yang paling selamat buat anda dan keluarga.